Sunday, June 27, 2010

This is ____________ fruit.

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Apa khabar pembaca semua? Diharapnya semua sihat dan baik - baik saja di petang ahad yang indah. Hari ini kita teruskan dengan aktiviti PERMATA iaitu "Mari Mengenal Buah - buahan" Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada anak - anak jenis buah - buahan yang ada dan familiar pada mereka. Selain itu, anak - anak dapat mengetahui dan memahami betapa pentingnya buah - buahan dalam kehidupan seharian kita. Baiklah semua, cukup sudah celoteh teacher. Kita tonton gambar dibawah ini yang mana aktiviti di-conduct oleh Teacher Elly bersama anak - anak Teacher Amy dan Teacher Ochin.

Ha, siap dengan kamus lagi Teacher Elly ya.

Okay, siapa tahu ini buah apa? Pasti anak - anak semua tahu.

Ok, ini buah yang kita makan disekolah. Siapa dapat jawab, teacher bagi star.

Teruja anak - anak ini nak meneka nama buah .

Ok, next buah apa ini anak - anak?

Ini adalah jagung. Or we call it corn in english.

Ye, Aidil Shah tahu ini buah apa? Buah strawberryyy!!, kata Aidil. Pandai anak teacher.

Ha, last sekali kita ada buah anggur atau grape.

Ok, dah belajar jenis buah - buah, kita nak nyanyi pula. Nyanyi lagu Shake Tomato.

Duduk macam ini ye anak - anak. With partner.

Okey, tengok teacher buat macam mana dahulu, kemudian anak - anak follow ye.

Lagu Shake Tomato ini antara kegemaran anak - anak di PAPN. Habis satu, nak lagi nak lagi..pinta mereka. Ibuayah boleh tanya anak - anak macam mana lagu shake tomato, pasti mereka ingin memicit belakang anda. Hehe. Jangan lupa mencuba :). Lepas dah habis belajar tentang buah - buahan, kita buat acting plak iaitu 'Role Play - Jual Beli Buah". Yang dibawah ini contoh dari teacher dahulu. Kemudian, anak - anak akan buat.

Ha, sampai duduk dalam pentagon gymset tu Teacher Ochin ni. Konon - konon jadi tauke buah. Hehe

Okay, begini ye anak - anak..macam mana nak berlakon. Teacher akan tunjuk dahulu.

Buah disusun sudah, datang pembeli pertama iaitu Wafiy. Ye, Wafiy..nak beli buah apa? Satu biji 20 sen. :D

Tiba - tiba ramai pula customer yang datang gerai teacher. Beli buah..beli buah. Murah - murah..1 biji 20 sen.

No comments:

Post a Comment