Tuesday, August 28, 2012

Jom Cek Gigi

Pada 13 Mac 2012, jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson telah datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan gigi anak-anak Permata. Selain melakukan pemeriksaan, mereka juga memberikan penerangan ringkas tentang cara penjagaan gigi yang betul. Kanak-kanak merasa seronok dengan kedatangan mereka yang peramah.

Nurse sedang beri penerangan

Soraya volunteer ke hadapan

Zakiah menjawab soalan yang diajukan oleh nurse

Qaseh ambil berus gigi percuma

Anak-anak belajar cara berus gigi dengan betul sambil dibantu oleh Teacher Ila




Nurse sedang tekun cek gigi anak-anak

Wednesday, August 15, 2012

Happy Birthday February Babies

Yummy!! Cheeze Choc by Secret Recipe <3 br="br">
Sambutan hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Februari telah diadakan pada 28 Februari 2012 di PAPN Bagan Pinang. Seramai 5 orang yang menyambut hari lahir mereka iaitu Damia Humaira, Muhammad Sallehan, Nur Alia Maisara, Muhammad Ridhwan dan Teacher Ila. Semua kanak-kanak seronok dapat makan kek yang sedap ni..hehe...

Yeahhhhh!!! Kek da dipotong :)

Alia dah 3 tahun
Sallehan dah 4 tahun
Ridhwan dah 3 tahun
Damia dah 3 tahun
Seronoknya dapat celebrate birthday dengan kawan-kawan di sekolah. TQ kepada semua yang terlibat dan sponsor kek :)

Aktiviti anak-anak 3 tahun ~ Membuat Chocolate Chip Cookies



Tema bagi bulan Februari adalah Diri Saya Istimewa. Antara aktiviti yang dijalankan bersama-sama anak-anak adalah seperti aktiviti membuat Chocolate Chip Cookies pada 21 Februari 2012. Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa aktiviti dijalankan


Tekunnya anak-anak Permata :)

Yusfariz pun bersemangat buat cookies
 
 
Teacher Fizah sedang menyiapkan bahan-bahannya


Tadaaaa...... Ini dia adunan yang telah dibentuk dengan acuannya oleh anak-anak Permata
 
Selepas tamat sesi membuat Chocolate Chip Cookies, anak-anak sama-sama mengemas kawasan dapur dan peralatan yang telah digunakan. 

Mengemop pun boleh kan Damia?

Rajin anak perempuan Puan Kamariah ni.hehe


Sambutan Maulidur Rasul

Pada 11 Februari 2012 (Sabtu), telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau Taman Dato' Abdul Samad yang terletak di Bagan Pinang, Port Dickson. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari seperti Pertandingan Berzanji, Pertandingan Mewarna dan lain-lain. Tidak lupa juga acara wajib iaitu perarakan yang diadakan di sekitar taman berdekatan yang bermula seawal 7.00 pagi. Perarakan ini disertai oleh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, PAPN Bagan Pinang dan beberapa lagi kumpulan perarakan lain. Seramai 35 orang  ibubapa dan penjaga, 23 kanak-kanak dan 6 orang pendidik serta pembantu pengurusan murid yang terlibat dalam perarakan ini. 

Yang paling istimewanya, anak-anak Permata berjaya menamatkan perarakan bersama-sama dengan kumpulan perarakan yang lain. Sehari sebelum majlis berlangsung, para pendidik dan ibubapa serta  anak-anak Permata sama-sama membuat persiapan seperti membuat bunga rampai, bunga telur dan membuat cenderahati untuk para tetamu.

"Teacher tolong ye, Zakiah" kata Teacher Eja
Anak-anak Permata sedang memotong daun pandan untuk dibuat bunga rampai bersama Teacher Eliz dan Papa Alia, Encik Azly


Ayah Furqan, Encik Jalaluddin juga tidak ketinggalan. Teacher Fizah nampak bersungguh-sungguh!hehe
Semua dah bersedia untuk memulakan perarakan
Terima kasih Encik Rohaizad kerana sudi menyumbangkan sepanduk untuk kumpulan PAPN Bagan Pinang








Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Surau Taman Dato' Abdul Samad kerana telah memberikan peluang kepada anak-anak Permata untuk sama-sama merasai suasana Sambutan Maulidur Rasul yang meriah. Terima kasih juga kepada Encik Rohaizad yang telah menyumbangkan sepanduk, nenek kepada Zaim Hazmi yang telah menyumbangkan bunga telur dan cenderahati untuk para tetamu serta semua ibubapa, anak-anak dan pendidik yang terlibat.

Ini adalah merupakan salah satu pengalaman yang bermakna buat semua anak-anak Permata. Semoga tahun hadapan kita dapat sama-sama lagi menyambutnya. :)

Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yasin Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) 2012

Majlis ini telah berlangsung pada 14 Januari 2012 iaitu pada hari Sabtu. Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bagan Pinang, majlis diadakan serba ringkas dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin yang diketuai oleh Pengerusi PIBP PAPN Bagan Pinang, Encik Mohd Afendi.Selepas tamat sesi bacaan yasin, majlis diteruskan dengan mesyuarat serta taklimat serba ringkas daripada Pengerusi PIBP dan Ketua Pendidik, Puan Norhaliz Othman. Di penghujung majlis, para tetamu disajikan dengan juadah istimewa iaitu nasi tomato.