Wednesday, February 20, 2013

Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang 2013

Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang, Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang telah diadakan pada 19 Januari 2013 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Paksi dari Bahagian PERMATA yang juga merangkap Ketua Penolong Setiausaha Kanan (KPSUK) Bahagian PERMATA , Encik Mohd Zulhasmi Jamaluddin ini dihadiri oleh seramai 26 orang ibu bapa dan 4 orang pendidik. 

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi PIBP, cadangan program bulanan PIBP dan sedikit penjelasan mengenai PERMATA oleh Encik Zulhasmi. Ibu bapa juga berpeluang untuk bertanya soalan berkenaan PERMATA kepada Tuan KPSUK. Mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu diakhiri dengan jamuan ringan.

KPSUK Bahagian PERMATA, Encik Mohd Zulhasmi Jamaluddin

Antara ibu-ibu yang hadir

Tulang belakang PAPN Bagan Pinang

Bendahari PIBP 2013 bersama Encik Zulhasmi

Ibu-ibu yang gigih. Mencatat segala maklumat yang diterima
Ibu Aisyah Safira menyuarakan pendapat

Qausar ceria

Encik Zul menjelaskan tentang penggantian Pembantu Pengurusan Murid dengan Pendidik bagi memastikan kelancaran operasi pusat

Ketua Pendidik memberi penjelasan tentang aktiviti bulanan

Pengerusi PIBP 2013 Encik Mohd Hafez memberikan sepatah dua kata
Kaum bapa yang prihatin


Jemput makan semua
Nasi lemak ayam yang disediakan oleh Puan Kamariah

Mama Damia dukung adik Farish, Farisha

Masing-masing menunggu giliran untuk mengambil makanan
Teacher Eja bersama setiausaha, pengerusi serta pegawai paksi PAPN Bagan Pinang

Sambil menjamu selera, para ibu juga berbincang tentang aktiviti bulanan

Thursday, February 14, 2013

Ridhwan's 4th Birthday Celebration ~ January ~

Pada 30 Januari 2013, Ridhwan menyambut hari lahirnya bersama kawan-kawan di sekolah. Tarikh lahirnya yang jatuh pada 16 Januari 2013, disambut dengan meriah.

Yang paling istimewa,  kek hari lahir Ridhwan dibuat oleh ayahnya sendiri. Choc Cheese Cake yang sedap dan kalau rasa sekali, mesti nak lagi. :)

Tetapi, yang menyedihkan adalah apabila Teacher Thila tidak dapat hadir ke sekolah kerana tidak sihat. So, terpaksalah Ridhwan potong kek seorang diri. Apapun, Happy Belated Birthday Teacher Thila yang tarikh lahirnya jatuh pada 25 Januari 2013. 

Semoga Ridhwan dan Teacher Thila dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Ridhwan dan kawan-kawan menikmati juadah yang ada bersama-sama ayah Ridhwan. Encik Amran

Yummyyyy.. Semuanya sedap :)

Mama Ridhwan sedang melayan Aisyah makan kek