Monday, May 31, 2010

Jelly o Belly!

Assalamualaikum and Good Morning

Hello everyone! Seperti yang parents ketahui, anak - anak PERMATA banyak membuat aktiviti masak - masak dalam bulan ini. Antaranya ialah, membuat jelly. Alhamdullilah, aktiviti berjalan lancar dan terima kasih pada semua yang membekalkan bahan seperti yang diminta oleh teachers. Baiklah, dalam aktiviti seperti ini, ia adalah sangat penting bagi anak - anak dimana mereka melalui pengalaman yang sangat penting terlibat bersama menghasilkan sesuatu. Ia merangsang minda dan otak kanak - kanak berfikir bagaimana jelly dimasak, bagaimana ia boleh dibuat dan pelbagai lagi bentuk persoalan. Selain itu, perkembangan sosio - emosi dan pergaulan mereka berkembang kerana membuat aktiviti bersama - sama dan dapat berkongsi bersama rakan - rakan lain. Bagi yang pertama kali melihat bagaimana jelly dihasilkan, pasti teruja dan gembira untuk melihatnya secara terus. Okay semua, kita tengok gambar - gambar yang sempat disnap oleh teacher. :)














Saturday, May 29, 2010

Mari Memasak Sup Sayur bersama Kelas Teacher Mala dan Teacher Sha

Welcome to Kelas Memasak PAPN Bagan Pinang. Hari ini kita akan belajar memasak sup sayur kelas anak - anak 1-2 tahun. Selamat menonton video - video ini.














Makan - makan berkelah di tepian pantai

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah cerita. Al-kisahnya, terdapat sekumpulan kanak - kanak yang comel - comel telah menjalani suatu aktiviti yang menarik dalam hidup mereka. Berkelah sambil makan - makan bersama teacher mereka dan ibu - ibu (Pn. Miza dan Pn. Norli) yang menemani membuat aktiviti. Walapun diberi nama berkelah tetapi anak - anak kecil yang berumur 1-2 tahun ini tidaklah bersukaria bermandi manda. Hanya makan - makan secara santai dan bermain di playground. Makanan dibekalkan hasil perkongsian (potluck) diantara anak - anak sendiri. Ada yang membawa satay, ada kek, ada roti canai, ada mihun, ada fries, ada air milo dan pelbagai lagi. Pasti anak - anak ini gembira kerana makanan yang disukai oleh mereka dapat dimakan bersama kawan - kawan dan saling berkongsi. Ya itulah PERMATA. Saling bekerjasama dan berganding bahu. Baiklah, mari kita lihat perjalanan anak - anak ini ke Pantai Cahaya Negeri.

Walaupun anak - anak ada 10 orang namun tetap muat kesemuanya dalam sebuah kereta. Maklum saja saiz mereka yang comel belaka. Hehe

Alolo, comel Durrah posing.

1 2 3 Caaak!!
Hah, dah sampai pun. Eh tapi macam kenal saja tempat ini ye. Oh mestilah! Ini kan tempat yang kita buat Hari Keluarga dulu.

Sebelum apa - apa, kita snap dulu group picture. Ini suatu kemestian ye. :D

Freeplay untuk anak - anak.




Dah puas main, boleh makan! Yeay!
Tengok tu, macam - macam adaa...

Terima kasih pada semua ibubapa yang membekalkan makanan untuk anak - anak.

Wah, sedapnya dia makan.

Marsha dan Zikry

"Nak sikit tak Aidil?" tanya Naufal
"Tak nak, nak roti canai tuu" kata Aidil
Comel dua - dua anak teacher ini. Segak berbaju melayu.

Amboi - amboi Atieqa, Zarin..Azim

Nak pergi mana tu Aidil?

Makan - makan..

Selepas kira - kira sejam membuat aktiviti, maka kami pun pulang ke PAPN tercinta. Segalanya selamat dan lancar. Thank you semua :)

Nature Walk di Pasar Tani Port Dickson

Pada 12 Mei lepas, anak - anak PERMATA kumpulan 3-4 tahun telah membuat nature walk ke pasar tani P.D. Seringkali kami membuat nature walk di PAPN dan pantai tetapi kali ini destinasi berubah. Kami berkunjung ke pasar tani pada pukul 9.45 pagi selepas morning circle. Dalam nature walk kali ini, anak - anak didedahkan kepada persekitaran pasar, apa yang terdapat dipasar, melihat lebih dekat barang - barang basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran, buah - buahan, bahan kering dan pelbagai lagi dari gerai sekitarnya.

Pengalaman yang sangat menarik bagi anak - anak mengekplorasi kawasan persekitarannya yang mana mungkin ada diantara anak - anak ini tidak pernah berkunjung atau merasa pergi ke pasar. Melawat pasar bukan sahaja setakat melihat malah anak - anak mempunyai pengalaman merasa dengan lebih dekat menyentuh barang - barang disana seperti memegang dan merasa ikan, sotong, udang, sayuran dan banyak lagi. Anak - anak dapat berinteraksi dengan pelbagai golongan umur dan peluang untuk membina keyakinan diri serta tahap pergaulan sosialnya turut berkembang.







Friday, May 28, 2010

Cara - cara penyediaan makanan

Hai semua

Sepanjang TEMA MAKANAN pada bulan ini, bukan sahaja kami membuat aktiviti masak - masak bersama anak - anak malah kami turut mendedahkan kepada mereka bagaimana untuk menyediakan makanan sendiri sebelum makan. Contohnya seperti sebelum kita makan bagaimana nak ceduk/senduk nasi, mengisi lauk pauk diatas nasi dan tertib makan yang lain. Aktiviti ini sangat bagus dalam mendedahkan kepada anak - anak pengurusan diri ketika sebelum, semasa dan selepas makan. Anak - anak lebih berdikari dan bijak menguruskan diri. Ok semua, mari kita tengok kelas Teacher Amy dalam mendidik anak - anak dimeja makan.

Mula - mula kita susun dulu pinggan ye anak - anak.

Baiklah, hati hati semasa menceduk nasi kedalam pinggan.

Atirah pula. Senduk nasi ini kedalam pinggan kamu.

"Sedapnya" mungkin ini yang terdetik dalam kepala Wafiy bila melihat Umairah sedang menyenduk nasi.

Baiklah, giliran Wafiy pula :D

Dan seterusnya diikuti dengan Mimi.

Wah, pandai anak teacher Nauroh senduk sendiri ya.

Okay, sekarang kita isi lauk pula. Mula - mula ayam dahulu.

Yang ini semua dah pandai ye.

Baik - baik ambil tu ye Umairah.


Eh, macam mana pegang sudu tu Wafiy?

Nauroh muka sedih pula ye

Ha Dani punya dah siap. Tunggu nak makan

Semua sedang menunggu nak makan.

Tunggu kawan selesai basuh tangan ye Umairah

Eh, Wafiy tengah buat apa tu?

Mimi yang dah tak sabar tunggu nak makan, sampai menjenguk kawannya.

Last but not least, Nauroh bersedia nak makan.