Saturday, May 29, 2010

Nature Walk di Pasar Tani Port Dickson

Pada 12 Mei lepas, anak - anak PERMATA kumpulan 3-4 tahun telah membuat nature walk ke pasar tani P.D. Seringkali kami membuat nature walk di PAPN dan pantai tetapi kali ini destinasi berubah. Kami berkunjung ke pasar tani pada pukul 9.45 pagi selepas morning circle. Dalam nature walk kali ini, anak - anak didedahkan kepada persekitaran pasar, apa yang terdapat dipasar, melihat lebih dekat barang - barang basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran, buah - buahan, bahan kering dan pelbagai lagi dari gerai sekitarnya.

Pengalaman yang sangat menarik bagi anak - anak mengekplorasi kawasan persekitarannya yang mana mungkin ada diantara anak - anak ini tidak pernah berkunjung atau merasa pergi ke pasar. Melawat pasar bukan sahaja setakat melihat malah anak - anak mempunyai pengalaman merasa dengan lebih dekat menyentuh barang - barang disana seperti memegang dan merasa ikan, sotong, udang, sayuran dan banyak lagi. Anak - anak dapat berinteraksi dengan pelbagai golongan umur dan peluang untuk membina keyakinan diri serta tahap pergaulan sosialnya turut berkembang.







No comments:

Post a Comment