Thursday, February 6, 2014

Majlis Bacaan Yaasin dan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang 2014

Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang, telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang bagi tahun 2014. Program ini merupakan acara tahunan sebagai pembuka tirai bagi tahun 2014. Majlis yang diadakan pada 29 Januari 2014 iaitu pada hari Khamis, telah dimulakan dengan bacaan yaasin yang diketuai oleh Encik Fadzli bin Harun. Majlis dihadiri oleh seramai 30 orang ibu bapa serta penjaga dan 4 orang pendidik.

Sebelum majlis bermula

Manisnya Imani bertudung

Air Yaasin untuk keluarga anak-anak PERMATA dan pendidik

Antara yang hadir

Ibu-ibu yang membantu di dapur
Iman yang sentiasa ceria

Aliff dan abang-abang

Umi Azmar dan mama Shameem

Anak-anak juga tidak ketinggalan

Encik Fadzli sempat pandang kamera ye
Semua khusyuk

Aqil posing manja dekat ibu dia

Kaum bapa

Syasya dengan Teacher Eja

Selesai baca yaasin, semua mengaminkan doa

Seterusnya majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agong PIBP

Mesyuarat Agong dimulakan dengan pembubaran dan pelantikan AJKT

Ada yang sedang membaca agenda mesyuarat, ada yang sempat pandang kamera

Ibu bapa yang disayangi
Kaum bapa
Mesyuarat Agong bagi tahun 2014 telah berjalan dengan lancar dan keputusan sebulat suara telah dicapai. Berikut merupakan AJKT PIBP PAPN Bagan Pinang bagi tahun 2014:



Pengerusi                             : Encik Fadzli bin Harun
Naib Pengerusi                    : Puan Siti Mimimastura binti M.Hashim
Setiausaha                            : Puan Norzaliza binti Abd Ghani
Timb. Setiausaha 1            : Cik Noor Faezah binti Hamidon
Bendahari                             : Puan Rafidah binti Misran
Timb. Bendahari 1             : Puan Norfazlin bt. Zainuddin
AJK  Kebajikan   1               : Puan Siti Noraida bt. Mohd Shafaie
AJK  Kebajikan   2               : Encik Muhamad Salehudin b. Gimin
AJK Keselamatan  1            : Encik Mohd Sufian b. Sidek Haron
AJK Keselamatan  2            : Encik Idris b. Mohd Jalani
 

Semoga dengan pelantikan ini, setiap AJK dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya. Harapan kami pada tahun ini juga supaya aktiviti sepanjang tahun 2014 dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya di bawah pimpinan pengerusi baharu.

Majlis Perpisahan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir bulan Disember 2013


Pada 26 Disember 2013, Majlis Perpisahan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir Bulan Disember 2013 telah diadakan bersama para ibu bapa, pendidik dan anak-anak PERMATA Negara Bagan Pinang. Sambutan yang telah dirancang secara rahsia oleh para ibu bapa telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa prihatin dan sentiasa mengingati para pendidik dan anak-anak PERMATA. Segalanya akan sentiasa diingati selalu.

Pelbagai juadah disediakan seperti satay kajang, mee goreng, kuih-muih, kek dan paling istimewa, ada kambing bakar. Semua ibu bapa, pendidik dan kanak-kanak seronok apabila dapat menikmati pelbagai jenis makanan bersama-sama. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.

Makan-makan kambing bakar yang disumbangkan oleh Encik Fadzli dan isteri

Para pendidik sebelum acara memotong kek. Terima kasih kepada semua ibu bapa di atas kejutan ini

Teacher Nadiah dan ibu Aisyah, Puan Isma
Happy Birthday Marsha Irdeena

Keluarga Marsha

"Selamat Hari Jadi..."

Tauke kambing kita

Puan Nurshazila menjadi jurugambar pada hari itu

Smile...

Kek sumbangan keluarga Muhammad Ridhwan yang dibuat khas Hotel Avillion

Mama Damia Humaira dan Teacher Eja
Imani ~ Haiqal ~ Marsha ~ Fakrul ~ Haziq

Jom potong kek

Ibu-ibu yang disayangi

Iffah & Qaliesha
Teacher Afi dan Teacher Nadiah

Keluarga Imani

Teacher Fizah bersama anak-anaknya

Teacher Fizah bersama Aqil dan Syahirah

Jemput makan
Lagi gambar potong kek
Cerianya semua

Teacher Afi