Monday, April 29, 2013

Hari Bersama Hospital Columbia Asia Seremban - 26.3.2013

Pada 26.3.2013 telah diadakan hari bersama Hospital Columbia Asia Seremban. Tujuan kedatangan mereka ke PAPN Bagan Pinang adalah untuk menjalankan pemeriksaan gula dan tekanan darah secara percuma kepada ibu bapa dan penduduk setempat serta memberikan suntikan vaksin Influenza A dos pertama kepada anak-anak PERMATA. Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan pihak media dari Harian Metro, NSTP, Sinar, dan Berita Harian. Turut serta hadir di majlis tersebut adalah Cik Shareena Izzatul Rahim dan Pn Zuraini Japar, wakil daripada Bahagian PERMATA JPM.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Vaksin yang diberikan kepada anak-anak PERMATA ditaja oleh pihak Sanofi. Seramai 26 orang ibu bapa dan beberapa orang penduduk setempat hadir ketika majlis diadakan. Seorang doktor dan beberapa orang nurse hadir bagi mewakili  Hospital Columbia Asia. Pihak hospital telah menyediakan belon dan gula-gula sebagai hadiah kepada anak-anak PERMATA yang telah mendapat vaksin Influenza A.

Setelah selesai majlis, mereka yang hadir telah dijamu dengan pelbagai juadah sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama ketika majlis berlangsung. Kami dari pihak PAPN Bagan Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hari bersama Hospital Columbia Asia Seremban yang telah berlangsung dengan jayanya.

Harapan kami agar program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun supaya kesihatan anak-anak PERMATA lebih terjamin.
peralatan yang disediakan

ibu Aliff sedang membantu jururawat menyediakan tempat

jururawat sedang bersedia

sedikit info tentang Influenza A

Teacher Eja sedang memperkenalkan staf dari Columbia Asia kepada ibu bapa

ibu-ibu sedang berdebar menunggu giliran anak-anak mereka disuntik

Cik Shareena dan Pn Zuraini juga hadir memeriahkan majlis

apalah yang difikirkan oleh ibu-ibu ni

ayah Imani sedang memeriksa kandungan gula  dalam darah dan diperhatikan oleh akaum bapa yang lain

Teacher Eja sedang asyik memberikan meklumat tentang kanak-kanak kepada Miss Rachel


Aisyah menangis ketika disuntik

Aliff tenang jer bila mahu disuntik

Qaseh yang berdebar

Syasya seronok bila disuntik dan dapat belon

Ibu Amirah sedang memeriksa tekanak darahnya
Mia dapat belon lepas menangis disuntik

ibu Syasya

Alia yang takut untuk disuntik

juadah yang telah disediakan

kanak-kanak seronok mendapat belon

Imani yang comel

hadir sama pelajar OKU dari PDK

ayah Amzar tunggu giliran

sedapnya makanan yang dijamu
apa yang dimenungkan tu yer

pihak wartawan sedang menemuramah Teacher Eja

Cik Shareena juga turut ditemuramah

tersenyum lega ibu Aliff

banyak sungguh soalan yang perlu Teacher Eja jawab

pihak hospital juga perlu diwawancara

ibu Qaliesha dan ibu Damia

Teacher Eja

Cik Shareena macam takut jer

Teacher Fizah yang cool

ibu bapa berbincang sambil makan

apalah yang dilihat mereka tu ya
kakitangan Hospital Columbia Asia

guru-guru, dan wakil dari pihak PERMATA bersama kakitangan hospital


Tuesday, April 16, 2013

Aktiviti Bulan Mac : Bacaan Yaasin dan Gotong Royong

Tarikh : 16 Mac 2013

Hari : Sabtu 

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Terima kasih Kurnia Cerana :)
Majlis bacaan yaasin dan gotong-royong di PAPN Bagan Pinang telah diadakan dengan jayanya pada 16 Mac 2013. Seramai 25 orang ibu bapa hadir untuk majlis ini. Pada jam 9.00 pagi majlis bacaan yaasin dimulakan dan diketuai oleh En Fadzli bin Harun iaitu bapa kepada Muhammad Afiq Iman. Sejurus selepas tamat bacaan yaasin, sesi gotong-royong bermula. Setiap ruang di dalam PAPN telah dibahagi-bahagikan mengikut kelas.

Para ibu bapa bertungkus-lumus membersihkan setiap ruang di perpustakaan, kumpulan ibubapa yang dipertanggungjawabkan telah membuat ubahsuai susunan perabot di dalamnya. Masing-masing melakukan tugas membersih dan menyusun dengan baik termasuklah mencuci alat mainan, katil kanak-kanak dan lain-lain.

Setelah selesai berhempas pulas, kesemua yang hadir dijamu dengan bihun sup dan kuih muih yang menyelerakan. Akhirnya, pada jam 1.00 petang semua kerja telah berjaya disiapkan dan kesemua ibu bapa beransur pulang.



Teacher Fizah termenung ke apa?

Sebelum bacaan yaasin dimulakan




Jemput makan

Lapar benar!haha

Sempat lagi posing
Tekun mengemas

Nyum nyum! Sedapnya

Mana nak letak ni?

Aqil tolong mama dan papa kemas ruang menonton

Ibu Ridhwan sedang kemas pejabat
Alia yang sangat rajin

Ibu Hafiya

Ibu Qaliesha dan ibu Iffah sedang mencuci katil


Mama Haziq
Ibu Aisyah Safira

Ayah Iffah



Afiq pun nak sumbang tenaga
Ridhwan sedang mencuci meja

Dapur penuh dengan barang-barang stor

Aqil pun nak sapu lah teacher

Mama Aliff Hanan

Cuci tandas kanak-kanak
Ibu Qaliesha dan mama Damia

Katil kami dah bersih

Sesi mengeringkan alat permainan


Perpustakaan dan sudut persiapan bahan mengajar
Ibu Mia Zaara mencuci selipar kanka-kanak

Damia menolong ibunya menyusun berus gigi