Thursday, November 29, 2012

Majlis Konvokesyen PAPN Bagan Pinang kali ke-3


Bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson Majlis Konvokesyen PAPN Bagan Pinang kali ke-3 telah diadakan pada 9 November 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hassan bin Masuadi iaitu Ketua Kampung Bagan Pinang dan turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Puan Hjh Zaimah binti Zakaria selaku Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang. 


Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) PAPN Bagan Pinang. Persiapan dibuat seawal 2 bulan sebelum majlis. Para ibu bapa dan pendidik bertungkus-lumus membuat persiapan rapi supaya segala perancangan dari segi persiapan tempat, peralatan, persembahan, jamuan, hadiah dan cenderamata. 

Pembahagian tugas :

Unit protokol : Teacher Balqish
Unit persembahan : Teacher Eja
Unit teknikal, peralatan dan logistik : Teacher Fizah, Teacher Ila dan Teacher Ira
Unit hadiah dan cenderamata : Teacher Nana

Para ibu bapa dan pendidik bertungkus-lumus mendapatkan sumbangan daripada pelbagai sumber dan akhirnya sumbangan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya. Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja yang bermurah hati menyumbang dalam bentuk wang dan lain-lain. Sesungguhnya sumbangan tuan/ puan amatlah dihargai. 

Majlis bermula seawal jam 8.00 malam dan disajikan dengan persembahan pembukaan oleh anak-anak PERMATA. Persembahan lagu Rasa Sayang menampilkan anak-anak PERMATA menari, menyanyi dan bermain muzik.

Persembahan Pembukaan Rasa Sayang
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan, Satu Malaysia dan Lagu Permata

Sebelum slot konvokesyen, majlis juga diserikan dengan persembahan oleh kanak-kanak PERMATA mengikut kumpulan iaitu kumpulan 1-2 tahun, 2-3 tahun dan 3-4 tahun.

Kumpulan 1-2 tahun (anak Teacher Balqish)
Kumpulan anak Teacher Balqish dibantu oleh anak 3 dan 4 tahun juga kerana ada daripada mereka yang tidak sihat. Oleh itu, pada saat akhir tempat mereka terpaksa digantikan. Marsha Irdeena, Saffiyya Nur Imani dan Muhammad Afiq Iman tidak dapat turut serta dalam persembahan ini.


5 Little Monkeys ~ Anak 3 tahun ~ Teacher Eja & Teacher Fizah


Persembahan anak 3 tahun pula disertai oleh Anak Teacher Eja dan Teacher Fizah. Walaubagaimanapun, Farish dan Aqish tidak menyertai persembahan ini tetapi mereka menyertai persembahan tarian lagu Butterfly bersama-sama anak Teacher Balqish. Alia Maisara juga tidak dapat menyertai persembahan kerana dia tidak dapat hadir ke majlis ini.



The Storm & Tanya Sama Pokok ~ Anak Teacher Nana
Anak-anak 4 tahun membuat persembahan adaptasi daripada buku Sunshine (The Storm). Setelah tamat persembahan The Storm, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok.

Cantikkan kostum dan props persembahan anak-anak PERMATA? Kalau semua nak tahu, inilah hasil kerja para ibu bapa kepada anak-anak PERMATA yang sanggup bersengkang mata menyiapkan kesemua peralatan yang diperlukan. Tahniah kepada semua yang terlibat. :)

Tetamu VVIP dan VIP sedang menikmati persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak PERMATA



Selepas persembahan, barulah sesi konvokesyen anak-anak PERMATA 4 tahun yang diumumkan oleh Teacher Nana dan skrol telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hassan bin Masuadi.



Ikhwan ~ Zikry ~ Azim

Zakiah ~ Aiman ~ Zaim

Ammar ~ Durrah ~ Dwi ~ Sallehan

Soraya ~ Teacher Nana ~ Marsha ~ Furqan
Seramai 13 orang anak PERMATA yang bergraduat dengan jayanya.Tahniah diucapkan kepada anak-anak PERMATA yang telah bergraduat. Semoga apa yang telah dipelajari di PERMATA akan diteruskan dan diamalkan sentiasa. 





Tamat sesi bergraduat, para tetamu menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.


Makanan yang disediakan memang menarik dan sedap. Terima kasih Bayu Beach Resort kerana menyediakan juadah yang menyelerakan. 

Acara diteruskan dengan slot penyampaian hadiah. Anak-anak, ibu bapa dan staf semua dapat hadiah. Hehe..

 Senarai nama penerima anugerah Majlis Konvokesyen PERMATA
Kali Ke-3 2012

 Anugerah Kategori Kanak-Kanak

Anugerah Sikap
 a)         Anak Matang            :  Nik Muhammad Amzar bin Nik  Zulkifli Amin

b)        Anak Ceria                 :  Muhammad Arif Aiman bin Erry

c)         Anak Berdikari         :  Saffiyya Nur Imani binti Mohd Sufian

d)        Anak Aktif                  : Muhammad Afiq Iman bin Fadzli

e)         Anak Kemas              : Muhammad Ammar Auf bin Mohd Zawahir

f)         Anak Berjenaka        : Muhammad Shahrul Ikhwan bin Mohd Shahril

g)         Anak Pembersih      : Marsha Irdeena binti Mohd Dzulandy

h)        Anak Bergaya           : Muhammad Farish Daniel bin Mohd Hafez

i)          Anak Prihatin          :   1) Nur Qaliesha Damia bt Yusrizam
                                                  2) Muhammad Sallehan bin Mohamed Sallehudin

j)          Anak Peka               :   1) Damia Humaira binti Mohd Faizol
                                                 2) Durrah Hannah binti Muhammad Rohaizad

k)         Anak Tabah            :   1) Marsha Amira binti Md. Said

2) Muhammad Haziq Amiruddin bin Mohd 
     Zuriman

l)          Anak Berdisiplin    :           1) Soraya Khadijah binti Zamani
                                                         2) Qaseh Nurain binti Nordian

m)       Anak Taat                :           1) Dwi Dania Danisha binti Ruzazian
                                                         2) Muhammad Azimuddin bin Mohd Razef Hafez

n)        Anak Petah             :           1) Nur Alia Maisara bt Azly
                                                        2) Muhammad Aqish Irfan b Zairul Nikman
                                                        3) Muhammad Ridhwan bin Amran

o)        Anak Penyayang        :           1) Muhammad Furqan bin Jalalludin
                                                                        2) Zikry Ukail bin Azry
                                                                        3) Nur Zharifah Syahirah binti Abdullah

p)        Anak Rajin                  :           1) Zaim Hazmi bin Halim
                                                            2) Nur Iffah Batrisyia binti Mohd Afendi
                                                            3) Nur Alyaa  Zakiah binti Zainuddin

Anugerah Kehadiran Cemerlang :          Soraya Khadijah binti Zamani



Anugerah Cemerlang Keseluruhan:       Soraya Khadijah binti Zamani
Anugerah Kanak-kanak Konvo:          
a) Durrah Hannah binti Muhammad Rohaizad
b) Dwi Dania Danisha binti Ruzazian
c) Marsha Amira binti Md Said
d) Muhammad Ammar Auf bin Mohd Zawahir
e) Muhammad Arif Aiman bin Erry
f)  Muhammad Azimuddin bin Mohd Razef
     Hafez
g) Muhammad Furqan bin Jalalludin
h) Muhammad Sallehan bin Mohamed    
     Sallehuddin
i)  Muhammad Shahrul Ikhwan bin Mohd 
     Shahril
j)  Nur Alyaa Zakiah binti Zainuddin
k) Soraya Khadijah binti Zamani
l)  Zaim Hazmi bin Halim
m)Zikry Ukail bin Azry

Anugerah  Khas PERMATA                       :  Nur Iffah Batrisyia binti Mohd Afendi  



Anugerah  Prince of 1Malaysia                : Muhammad Furqan bin Jallaludin

Anugerah Princess of 1Malaysia              : Marsha Irdeena bt Mohd Dzulandy






Anugerah Kategori  Ibubapa


Anugerah Ibu Prihatin
a) Puan Noraina binti Mat
b) Puan  Hamiza binti Hasnin
c) Puan Noraini binti  Abdullah
d) Puan Norziah binti Othman
e) Puan Tutyfariza binti Tusiran
f) Puan Rosmalia binti Yaacob


Anugerah Bapa Prihatin
a) Encik Amran bin Ijas
b) Encik Azry bin Aman
c) Encik Zainuddin bin Ab. Razak
d) Encik Mohd Sufian bin Sidek Harun
e) Encik Mohd Hafez bin Mohd Nor
f) Encik Md Said bin Ahmad



Anugerah Ibubapa Cemerlang
a)Puan Nurul Huda binti Kamarozzaman
b) Encik Mohd Zuriman bin Azam
c) Encik Jalalludin bin  Mohd Salehin
d) Puan Kamariah Binti Awang
e) Puan Norma binti Muhammad



Anugerah Ibubapa Cemerlang Keseluruhan
      Encik Jalalludin bin  Mohd Salehin




6) King of 1 Malaysia : Encik Jalalludin bin  Mohd Salehin

7) Queen of 1 Malaysia : Puan Noraina binti Mat





Tidak dilupakan cenderahati buat tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Hassan bin Masuadi, Puan Hjh Zaimah binti Zakaria, Teacher Mala yang pernah berkhidmat di PAPN Bagan Pinang selaku pengacara majlis, Puan Kamariah, katerer PAPN dan Encik Mohd Razif Hafez selaku pembaca doa.


Tidak ketinggalan, para Pendidik dan Pembantu Pengurusan Murid juga dapat cenderahati daripada para ibubapa.  

Macam-macam ada..hehe



Antara yang menarik pada malam tersebut :

My Self oleh Durrah Hannah







Majlis Konvokesyen PERMATA PAPN Bagan Pinang kali ke-3 berjalan dengan lancar. Semoga pada tahun hadapan kita jumpa lagi di Majlis Konvokesyen PERMATA PAPN Bagan Pinang kali ke-4 pada tahun 2013. 



PS: Kepada para ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan gambar sekitar majlis, bolehlah hubungi teacher masing-masing ye. TQ :)

Friday, November 23, 2012

Anak-Anak PERMATA yang rajin

Pada bulan Oktober yang lalu, anak-anak PERMATA bersama Teacher Eja, Teacher Fizah dan Teacher Ira cuci katil bersama-sama. Aktiviti ini diadakan pada waktu Aktiviti Luar (Outdoor) selama dua hari berturut-turut. Anak-anak semua sangat seronok bila dapat cuci katil sendiri beramai-ramai. Suasana ketika itu seperti berada di taman tema!!! hehehehe

Teacher!!!! Nak sabunnnnn

Gosok jangan tak gosok

Qaliesha

Saffiyya pun tidak ketinggalan

Semua seronok bila kena pancutan air oleh Teacher Eja

Rajinnya semua

Ini adalah di antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak PERMATA. Daripada pengalaman, mereka akan dapat merasa kepuasan. Fokus kami para pendidik adalah keseronokan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak seronok, perkembangan mereka juga akan berlaku dengan lancar. Kami mengharapkan anak-anak ini menjadi anak yang berdikari dan rajin. InsyaAllah.