Tuesday, September 25, 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAPN Bagan Pinang 2012

Tarikh : 10 September 2012
Tempat : Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang

Kali ini Sambutan Hari Raya ada kelainan. Ibubapa bergotong-royong untuk menyediakan pelbagai juadah seperti nasi minyak, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan sayur lodeh. Ada juga juadah sampingan seperti bihun sup, roti jala, kuih-muih. Pembahagian juadah dilakukan mengikut kelas. Selain daripada dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ibubapa, kos untuk penyediaan makan juga dapat dikurangkan.

Umi Durrah sedang mengacau rendang

Sedap ye rendang ni

Para ibu sempat posing walaupun tengah sibuk memasak

Pada sebelah petang sebelum majlis dimulakan, para pendidik dan beberapa ibubapa telah hadir ke sekolah untuk membuat persiapan tempat dan memasang sistem PA.

Teacher Ila dan Teacher Ira tekun memasang sistem PA

Kaum bapa bertungkus-lumus memasang meja yang disewa dari MPPD

Bincang apa tu ye????

Banner yang ditaja oleh ibu Qaliesha. Tq ye.

Hadiah untuk para ibubapa dan keluarga PERMATA yang bertuah

Persiapan di dapur bersama ibu Ridhwan

Apa yang seronok sangat tu Teacher Nana?

Menyiapkan meja untuk hidangan buffet pula
Seawal jam 7 petang, ibubapa telah datang ke PAPN untuk menyusun hidangan di meja makan dan menyiapkan segala kelengkapan yang perlu.



Ketua unit makanan Puan Zunila sedang berbincang dengan Teacher Nana


Persiapan sebelum kedatangan VIP

serve VIP bertaraf hotel 5 bintang!
 Jam 8.30 malam, tetamu VIP tiba dan majlis dimulakan dengan bacaan doa serta kata alu-aluan daripada Tuan Pengerusi PIBP. Selepas itu, para tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.

Ketua Pendidik, Teacher Balqish bersama tetamu VIP, Tuan Hj Hassan ( Ketua Kampung Bagan Pinang) dan Hjh Zaimah (Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang)

Kata alu-aluan daripada Tuan Pengerusi PIBP, En Afendi

Ibubapa yang hadir
 Selepas itu, tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara persembahan oleh anak-anak Permata.
 Persembahan tarian ini diiringi lagu Suasana Hari Raya.
Anak-anak ceria sebelum membuat persembahan

Aksi sewaktu persembahan lagu raya

Persembahan lagu Suasana Hari Raya

Anak-anak sudah bersedia

Semua berdiri untuk tengok persembahan anak-anak PERMATA

Ni lah chef nasi minyak kita. En Zuriman dan isteri serta anak bongsu mereka

Sedappppp

Meriah

Family Damia
 Selepas acara persembahan anak-anak, majlis dimeriahkan lagi dengan acara ibu dan bapa. Tak sangka mereka sangat sporting.
Acara untuk para ibu 'Catwalk'

Acara untuk para bapa 'Pertandingan Mengikat Sampin'

Bergambar bersama tetamu VIP

Keluarga Dwi Dania

Ni baru separuh...Ada lagi kat dapur tengah mengemas..Hehe

Riuh rendah di dapur PERMATA

Masing-masing sedang mengemas

Bungkus lauk untuk dibawa pulang

Bagi lebih sikit ye kak...Hehe

Keluarga PAPN



Sign jangan tak sign kak

Selepas majlis tamat dan tetamu VIP pulang, para ibubapa dan pendidik sama-sama mengemas kawasan sekolah kerana hari esok anak-anak sekolah. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MPPD kerana sudi menyediakan kelengkapan peralatan kerusi, meja dan sebagainya. Juga setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak IJED dan PUSASDA. Semoga majlis seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.

Monday, September 24, 2012

Role Play Aidilfitri - 7 September 2012

Seronoknya anak-anak Permata sebab dapat merasai suasana berhari raya beramai-ramai. Setiap ibubapa menyediakan kuih raya dan juadah seperti nasi himpit, kuah kacang dan macam-macam lagi. Anak-anak pun seronok apabila dapat memakai baju raya dan bergambar bersama. Yang paling seronok, anak-anak juga dapat duit raya! Hehe..

Anak-anak 4 tahun Teacher Nana

Anak-anak 3 tahun Teacher Eja, Aqish tak datang pula

Ni anak dara Teacher Eja

Anak Teacher Fizah posing dengan Teacher Ila

Anak-anak 3 tahun Teacher Fizah

wah!! Seronoknya

Anak-anak Permata

Macam-macam ragam
bersama pendidik-pendidik

Big family
Saffiyya kenapa tu?

Macam-macam gaya
salam teacher dapat duit raya

Saffiyya pun dapat tau!
Penglibatan ibubapa - ibu dan ayah marsha

Sekarang kita boleh makan!
Jemput makan semua

Nak makan kuih mana yek?
Haziq makan nasi himpit penuh mulut!

ceria

alamak!!! laku lah... sedap tau!

seronoknya raya

menari lagu raya