5 April : Roti Pizza Saya (Anak 3 tahun)
Anak Teacher Eja dan Teacher Fizah dah pandai buat roti pizza tau! tak percaya? lets check it out :)
 |
Tekun semuanya :) |
Oh! Lupa nak beritahu.. bahan-bahannya adalah roti, marjerin, sosej, sayur campur, cheese, sos tomato dan cendawan butang. Sebelum bahan-bahan ni dipotong, kenalah cuci dulu. Lepas cuci dan potong, barulah boleh sapu marjerin pada roti dan letakkan bahan-bahannya di atas roti.
 |
Mula-mula sapu marjerin |
 |
Lepas tu, letakkan sosej yang telah dipotong kecil |
 |
Ni lah hasilnya |
Lepas dah siap tu, baru lah bakar sekejap.
Kalau semua nak tau, bahan-bahan ni semua anak-anak potong sendiri dengan menggunakan pisau plastik.
Kepada sesiapa yang nak rasa roti pizza ni, boleh lah datang sekolah bawa bahan-bahan. Nanti anak-anak boleh tolong buatkan...Hehehe
13 April : Aktiviti buat jeli
Seminggu lepas buat roti pizza, anak-anak buat jeli pula. Sambil anak-anak membuat jeli, boleh lah dia belajar tentang tekstur jeli yang lembik. Yang paling best bila dapat makan jeli buatan sendiri..Hehehe..
 |
Teacher Fizah tolong kacaukan |
 |
Sebelum masukkan jeli, kita letakkan sedikit nata de coco |
 |
PEACE!!! |
Pada waktu petang pula, kami buat sambutan hari lahir Soraya Khadijah yang keempat.
Ibu, ayah dan kakak Soraya pun ada bersama-sama anak Permata.
 |
Soraya ajak Dwi, Zakiah dan Durrah untuk potong kek sama-sama |
 |
Kek Angry Bird menjadi pilihan Soraya |
No comments:
Post a Comment