Tuesday, September 11, 2012

Majlis Ramah Mesra Permata Negara Bagan Pinang dan Hospital Columbia Asia Seremban

Pada 14 April 2012 iaitu pada hari Sabtu, berlangsung Majlis Ramah Mesra PAPN Bagan Pinang dan Hospital Columbia Asia Seremban. Majlis ini diadakan di Dewan Bagan Pinang dan dihadiri oleh para ibubapa dan beberapa orang alumni PIBP PAPN Bagan Pinang. Antara pengisian program adalah ceramah kesihatan daripada doktor yang berkhidmat di Hospital Columbia Asia tentang kesedaran penjagaan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Jururawat yang datang untuk membuat pemeriksaan sangat mesra dan ramah.




Nurse yang ceria dan mesra :)

Masing-masing fokus!

Bapa Zakiah tengah cek tekanan darah

Puan Nurshazila sedang cek kandungan gula

Bapa Furqan pun tak ketinggalan

Teacher Ira ni tinggi ke gulanya?hehe



 Terima kasih yer Hospital Columbia Asia Seremban sebab sudi memberikan khidmat ni secara percuma :)


No comments:

Post a Comment