Wednesday, September 29, 2010

Suatu hari menjelang Syawal 1432H

Aktiviti Hari Kebangsaan Ke 53

Sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan tanahairnya, kami mempunyai cara yang tersendiri untuk menyambut kemerdekaan negara. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan di sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami bersungguh-sungguh di dalam setiap aktiviti kami demi membuktikan ketaatan dan kesetiaan serta kasih kami yang tidak berbelah bagi kepada negara MALAYSIA. Aktiviti-aktiviti yang kami lalui seperti mengetahui cara hidup 3 kaum terbesar di Malaysia; Melayu, Cina & India, mewarnakan Jalur Gemilang, membuat kolaj pakaian tradisional Malaysia, bunga kebangsaan dan sebagainya. Berikut pula merupakan aktiviti yang sempat kami 'snap' gambarnya....



Kelas Teacher Elly dengan 'puzzle Jalur Gemilang'



Projek Mewarnakan Banner Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dilakarkan oleh Teacher Elly, diwarnakan oleh anak-anak & pendidik PAPN Bagan Pinang, ditouch upkan oleh Teacher Mala...
Inilah hasil sentuhan pendidik & anak-anak PAPN Bagan Pinang..
Anyway, Happy 53rd Birthday To Our Loving Malaysia...We Love Malaysia......

Posted by Picasa

Mengasah Bakat Anak-Anak PERMATA




Tahukah anda bahawa sejak dari kecil keyakinan kanak-kanak untuk berhadapan dengan audien seharusnya digilap dan diasah. Keyakinan tersebut boleh ditingkatkan melalui pelbagai aktiviti seperti bercakap (tentang apa sahaja) di hadapan pendidik dan rakan-rakan, menyanyi, bersajak, berpidato malah berpuisi (chorer reading). Keyakinan ini penting di dalam mengembangkan bakat & potensi anak-anak serta keberanian anak-anak di dalam melakukan perkara yang mencabar seperti mencuba aktiviti baru, meneroka persekitaran baru dan yang paling penting adalah berani ketika berhadapan dengan orang ramai.

Pun begitu...ibu bapa juga memainkan peranan yang penting di dalam peningkatan keyakinan / 'self-esteem' di dalam diri anak-anak. Galakkan mereka bercakap, meluahkan perasaan dan bertanya. Raikan setiap soalan mereka TANPA RASA JEMU... Jawab dengan penuh hemah dan serius (jangan berikan jawapan yang tidak logik, walaupun mungkin jawapan logik itu mereka mungkin tak faham...tak mengapa)... Dan yang paling penting berikan peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan membuat keputusan... Contohnya; mungkin sekali sekala berikan mereka peluang untuk memilih baju mereka sendiri, tanya pendapat mereka kasut apa yang mereka mahu pakai pada hari ini... dan sebagainya...

Insya ALLAH...anak-anak yang lahir dari ibubapa yang berilmu..pasti membesar jua menjadi orang yang berilmu..... Semoga anak-anak kita mempunyai integriti yang tinggi di kemudian hari hasil didikan kita....Amin...
Posted by Picasa

Friday, September 24, 2010

Anak-anak pintar 'bonus' ibubapa...


ANAK adalah anugerah Allah SWT yang tidak ada tolok banding nilainya. Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.Tidak mungkin ada yang dapat menyangkal kenyataan bahawa kehadiran anak melengkapkan 'makna' sebuah keluarga. Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.

Bagaimanapun dalam mengharungi cabaran kehidupan hari ini yang semakin moden dan terbuka, mendidik anak menjadi tugas yang semakin sukar sekali gus memerlukan kemahiran dan pengetahuan tersendiri sebagai panduan menjadikan mereka manusia yang berilmu.Tetapi sekiranya ibu bapa dikurniakan dengan anak pintar, itu merupakan satu 'bonus' yang seharusnya disyukuri malah mereka tidak seharusnya mendabik dada dengan apa yang diberikan.

Walaupun begitu, mereka harus pandai serta tahu bagaimana hendak mengendalikan anak pintar kerana sekiranya tersilap 'percaturan' keistimewaan yang dimiliki tidak akan berkembang.Presiden Persatuan untuk Kanak-Kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali berkata, hari ini dalam setiap populasi di negara ini, peratusan kanak-kanak pintar ialah dua peratus.''Di Malaysia populasi kanak-kanak yang berumur antara 0 hingga 14 tahun pada tahun 2008 sahaja mempunyai 8.9 juta dan dua peratus daripada angka tersebut ialah 178,000 orang.''Ini bermakna kita mempunyai ramai kanak-kanak pintar tetapi mungkin 'keistimewaan' ini tidak dapat dikesan oleh ibu bapa atau tidak nampak menjadikan mereka ini seperti kanak-kanak normal yang lain.''Sehubungan itu ibu bapa sendiri perlu peka di samping menyokong dan menggalakkan apa yang ingin mereka lakukan,'' ujarnya ketika di temui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun jelas beliau, kanak-kanak pintar yang diklasifikasikan tidak semestinya pintar di dalam semua bidang tetapi hanya di dalam sesuatu bidang sahaja. Malah kepintaran itu sendiri mempunyai tahap yang berbeza-beza seperti sangat pintar dan sederhana.Tambah beliau, secara asasnya kepintaran kanak-kanak ini dapat dikenalpasti dengan memerhatikan perkembangan mental mereka yang lebih cepat berbanding rakan sebaya. Sebagai contoh, anak yang berusia 10 bulan sudah pandai membaca ataupun anak yang berusia setahun sudah pandai bermain piano. Begitu juga kebolehan kanak-kanak berusia 10 tahun menyelesaikan soalan Matematik peringkat sekolah menengah.

Mengulas lanjut mengenai ada sesetengah ibu bapa mengatakan kanak-kanak pintar ini tidak sesuai belajar di sekolah biasa sebenarnya salah. Ini kerana menurut Zuhairah, mereka yang dikategorikan pintar hanya di dalam bidang-bidang tertentu dan bukannya semua malah usia mereka memerlukan mereka bergaul dengan rakan sebaya dan digalakkan bersekolah seperti kanak-kanak normal untuk perkembangan sosio- emosi masing-masing.''Dalam hal ini, apa yang boleh dilakukan ialah ketika di sekolah, guru-guru perlu memberikan perhatian khusus kepada kanak-kanak pintar ini.''Walaupun hari ini tidak ramai kanak-kanak pintar yang dapat dikesan, tetapi perlu adanya program khas untuk mereka.''Pada masa yang sama, misalnya kanak-kanak tersebut pintar dalam mata pelajaran Matematik, guru perlu mengasingkan mereka ini daripada rakan yang lain hanya khusus untuk mata pelajaran tersebut,'' katanya.

Beliau yang juga merupakan pemilik Taman Pendidikan Raihan berkata, dalam hal ini ibu bapa juga perlu bersedia dan jangan cepat panik.Malah mereka perlu meningkatkan pengetahuan dengan meluaskan pembacaan selain melayari laman web berkaitan. Di NAGCM sendiri turut mengaturkan pelbagai program khusus buat ibu bapa dalam usaha menambah ilmu serta memberi pengetahuan yang lebih mendalam bagaimana hendak mengendalikan anak-anak pintar ini. Ibu bapa jelas beliau, seharusnya memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak pintar ini dan bukannya hanya membiarkan mereka tanpa sebarang bantuan atau sokongan. Menurut Zuhairah lagi, NAGCM sentiasa membuka pintu bagi ibu bapa yang ingin menjadi ahli dan ia tidak hanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak pintar.

Sumber: Utusan Malaysia;23 Disember 2009

Happy 3rd Birthday to Muhammad Dani Haziq













Thursday, September 2, 2010

LASBELA 4/2010; SUNWAY INTERACTIVE ZOO

Sempena tema haiwan, anak-anak PAPN Bagan Pinang telah ke Sunway Interactive Zoo, Bandar Sunway, Subang bagi berinteraksi dengan dunia haiwan. Seramai 16 anak-anak dan beberapa parents turut serta di dalam lawatan ini... Seawal 7 pagi, mereka dah menunggu di hadapan pintu PAPN...memang tak sabar nak naik bas...

Hmmhhh... belum sempat apa-apa…All teacher dah start berposing. Ni sementara menunggu anak-anak ke toilet sebelum memulakan journey ke alam habitat binatang…


Lihatlah ketakjuban yang dipancarkan disebalik keceriaan wajah anak-anak bila kali pertama melihat harimau mengaum di depan mata dari jarak yang dekat… Taecher Sha tu sebenarnya menggigil ketakutan tengok muka rimau..tu pasal peluk Danial kuat-kuat tuuuu....

Kat sini, anak-anak memang seronok sangat kerana mereka berpeluang berkenalan dengan pelbagai jenis haiwan exotic. Antara exotic animals yang anak-anak PAPN Bagan Pinang suka sangat main; kura-kura unik yang berbentuk segiempat, ular albino, hamster, landak dan juga rabbit yang comel…


We really had fun & wonderful moments... Sewaktu menyusuri tepian kolam Sunway Lagoon untuk ke bahagian Farm Animals...kami rasa macam Alice in Wonderland lak... The scenery is so beautiful.... Sapa-sapa yang tak datang memang la rugi... Ha... tengok tu...Itulah gajah yang paling jinak seantaro duniaaaa..... Gajah tu tak kisah pun kami dekat-dekat dengan dia....

Yang paling best… kami baru jer belajar tentang kitaran hidup rama-rama… secara visual jer dekat PAPN…tetapi di sini kami dapat buat ulangkaji bukan setakat visual, dapat pegang lagi dan melihat lebih dekat telur rama-rama, kepompong & caterpillar… Sungguh berguna… Dan inilah yang dinamakan experiential learning n discovery...


This is also our special moment...apabila berpeluang menonton "live Animals Show". Bestnyer…tengok kecekapan Rocky & King Kong; dua ekor burung kakaktua yang genius buat penyelesaian matematik, racing untuk masukkan bola ke dalam jaring, racing basikal dan macam-macam lagi, manakala cerdik juga yea raccon kat sini pandai buat recycle…


Longkang Fishing... Ammar paling banyak dapat tangkap ikan guna net... Cekap betul Ammar tangkap ikan..ni mesti selalu tangkap ikan kat longkang Bagan Pinang ni yea... Anak-anak benar-benar mendapat pengalaman berharga ini..maklumlah zaman sekarang budak-budak lagi suka mengadap skrin dari tangkap ikan ni..
Lepas dah penat tangkap ikan... kami bagi makan kat arnab, kambing dan kura-kura...Anak-anak kecil suka betul bermain dan mengejar arnab yang agak jinak. Ini adalah aktiviti terakhir kami di sini...
Tepat jam 3 petang, setelah makan tengah hari, kami pulang ke PAPN Bagan Pinang dengan membawa 1000 memori yang takkan dilupakan... Tak lupa jugak setiap dari kami mendapat sehelai tuala tangan bersulamkan nama Sunway Lagoon untuk kenangan....





Aktiviti 22 Julai 2010

Berikut merupakan aktiviti di PAPN Bagan Pinang pada 22 Julai 2010. Untuk makluman semua, tema bulan ini ialah haiwan....
Ini Kumpulan Permata 1 & Permata 2 iaitu Kumpulan anak-anak Teacher Mala & Teacher Sha. Hari ini mereka berlatih memasukkan 'ring' ke dalam 'skittles'. Aktiviti ini amat bagus di dalam membentuk perkembangan fizikal mereka di samping melatih fokus di kalangan anak-anak kecil ini.

Anak-anak Permata 3 pula iaitu Kelas Teacher Eliz melatih perkembangan motor halus mereka dengan mewarnakan gambar harimau , menyapu gam serta melekatkannya pada kertas... Ha..Ijad & Wafiy ini..bila dah siap kerja, mula la mata tu melilau ke sana ke mari...

Manakala, Anak-Anak Permata 4 (Kelas Teacher Elly) pula sedang sibuk berlatih menggunakan gunting. Selain daripada melatih bergunting, mereka juga didedahkan dengan tatacara di dalam menggunakan gunting. Mereka dilatih cara yang betul memberi beri gunting pada kawan, di mana mereka perlu memegang di bahagian hujung gunting, dan mengunjuk bahagian pemegang gunting kepada kawan... Mereka juga diingatkan beberapa kali bahaya bermain dengan gunting... dan kemudian barulah mereka berlatih menggunakan gunting... Latihan asas adalah menggunting garisan pelbagai saiz.... Nampak cam susah, tapi alah bisa tegal biasa.

Manakala, di sebelah petangnya pula, kami diraikan oleh En Said & Pn Miza dengan juadah hari jadi yang enak sempena hari jadi Marsya yang ke 2...

Selamat Hari Lahir to Our Beloved Marsya, Semoga menjadi anak yang soleh from Teacher Elly, Teacher Eliz, Teacher Sha, Teacher Mala & Teacher Ila...

Pukul berapa Datuk Harimau?


Kanak-kanak dan bermain memang tidak dapat dipisahkan...semua individu sedar hakikat itu, tapi kenapa bila anak-anak kita bermain & sepah2kan rumah kita, kita marah... Jika itu yang sering dilakukan oleh anak-anak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang membesar.


Pukul berapa Datuk Harimau merupakan permainan kanak-kanak yang semakin dilupai.. Kanak-kanak PAPN Bagan Pinang telah diperkenalkan dengan permainan ini, dan sehingga hari ini mereka semakin expert dengan pengiraan nombor yang diperkenalkan melalui permainan ini... Ha...parents di luar sana...apa lagi...sekali sekala mainlah dengan anak kita permainan ini... hubungan kekeluargaan pasti dapat dirapatkan... Masih ingatkah anda dengan permainan ini???? ; )