Wednesday, September 29, 2010

Mengasah Bakat Anak-Anak PERMATA




Tahukah anda bahawa sejak dari kecil keyakinan kanak-kanak untuk berhadapan dengan audien seharusnya digilap dan diasah. Keyakinan tersebut boleh ditingkatkan melalui pelbagai aktiviti seperti bercakap (tentang apa sahaja) di hadapan pendidik dan rakan-rakan, menyanyi, bersajak, berpidato malah berpuisi (chorer reading). Keyakinan ini penting di dalam mengembangkan bakat & potensi anak-anak serta keberanian anak-anak di dalam melakukan perkara yang mencabar seperti mencuba aktiviti baru, meneroka persekitaran baru dan yang paling penting adalah berani ketika berhadapan dengan orang ramai.

Pun begitu...ibu bapa juga memainkan peranan yang penting di dalam peningkatan keyakinan / 'self-esteem' di dalam diri anak-anak. Galakkan mereka bercakap, meluahkan perasaan dan bertanya. Raikan setiap soalan mereka TANPA RASA JEMU... Jawab dengan penuh hemah dan serius (jangan berikan jawapan yang tidak logik, walaupun mungkin jawapan logik itu mereka mungkin tak faham...tak mengapa)... Dan yang paling penting berikan peluang kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan membuat keputusan... Contohnya; mungkin sekali sekala berikan mereka peluang untuk memilih baju mereka sendiri, tanya pendapat mereka kasut apa yang mereka mahu pakai pada hari ini... dan sebagainya...

Insya ALLAH...anak-anak yang lahir dari ibubapa yang berilmu..pasti membesar jua menjadi orang yang berilmu..... Semoga anak-anak kita mempunyai integriti yang tinggi di kemudian hari hasil didikan kita....Amin...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment