Friday, November 23, 2012

Birthday Bash ~ September & October Babies & Teacher Nana's Farewell Party

September Babies

Seramai dua orang kanak-kanak PERMATA yang menyambut hari lahir pada bulan September iaitu Dwi Dania Danisha dan Muhammad Ammar Auf. Mereka sudah 4 tahun. Semoga mereka panjang umur dan dilindungi oleh Allah S.W.T sentiasa.


           Meriahnya kek Dwi Dania
Ammar dan Umi


October Babies Birthday & Teacher Nana's Farewell Party

Pada bulan Oktober pula, Zikry, Aqish dan Teacher Nana celebrate birthday bersama. Hari lahir Teacher Balqish juga jatuh pada tarikh yang sama dengan Teacher Nana. Akan tetapi beliau tidak dapat hadir ketika majlis ini berlangsung. Pada masa yang sama, Majlis Perpisahan Teacher Nana juga diadakan serentak secara mengejut. Perancangan untuk membuat kejutan oleh ibubapa berjalan dengan lancar. Teacher Nana terkejut apabila melihat ramai ibubapa yang hadir pada petang itu. Yang paling best Teacher Nana dapat hadiah jam tangan yang cantik daripada para ibubapa.

Teacher Nana diarahkan untuk berpindah dan bertugas di Pusat Anak PERMATA Negara Raja Alias, Serting Negeri Sembilan pada 1 November 2012. Kami semua merasa sedih di atas kepergiannya ke tempat baharu. Semoga Teacher Nana sukses di sana. We love you :)

Kek Secret Recipe yang sedapppppp
Teacher Nana bersama Aqish dan Zikry

Teacher Ira dan Teacher Fizah


No comments:

Post a Comment