Thursday, April 11, 2013

Majlis Perpisahan Teacher Balqish

Pada 28 Februari 2013, Teacher  Balqish telah mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak, ibu bapa serta pendidik di PAPN Bagan Pinang. Ini adalah kerana permohonan beliau untuk bertukar ke PAPN Subang Jaya telah diterima dan pada 1 Mac beliau dikehendaki melapor diri di sana.

Majlis perpisahan yang telah diadakan oleh ibu bapa dibuat secara mengejut. Pelbagai juadah telah disumbangkan oleh para ibu bapa. Walaubagaimanapun, pada tarikh tersebut Ketua Pendidik tidak dapat bersama-sama dengan semua kerana mengikuti Lawatan Kerja ke Singapura.

Semoga Teacher Balqish kekal sukses di PAPN Subang Jaya. Kami di PAPN Bagan Pinang pasti merindui Teacher Balqish. InsyaAllah, ada masa kita berjumpa lagi.

Teacher Balqish memberi sepatah dua kata




Hafiya Danisya bagi hadiah Teacher Balqish

Hadiah daripada ibu bapa PAPN Bagan Pinang




Haziq  pun nak bagi hadiah!
Lepas selepas makan, gotong-royong mengemas  pula

No comments:

Post a Comment