Saturday, May 8, 2010

Tell me a story, and I read for you (Storytelling Activities)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada hari rabu lepas, telah berjalan aktiviti Storytelling untuk setiap teacher practical. Setiap teacher telah menggunakan pelbagai kaedah dan medium penyampaian dalam persembahan mereka. Teachers diberi peluang untuk menyampaikan mengikut cerita yang dipilih. Oleh yang demikian, kami telah berbincang dan bersetuju memilih kaedah seperti berikut:

Teacher Amy menggunakan kaedah prop iaitu menyediakan bahan - bahan cerita seperti karakter dan latar belakang menggunakan bahan sedia ada.

Lihat bagaimana komitednya Teacher Amy semasa menyampaikan ceritanya.

Anak - anak dah mula excited.

Manakala Ummi pula memilih kaedah theatre box. Ummi mengambil inisiatif sendiri menyediakan theatre box dan bahan - bahan penceritaan. Well done :)

Anak - anak kusyuk mendengar cerita yang disampaikan.

After then, Teacher Ochin menggunakan medium PP Board sebagai kaedah penyampaian. Ianya lebih kepada frame-to-frame like a storyboard.

"Ha, Si Kancil pun berjalan - jalan mencari makanan....tet tet die jalan"

Teacher Faiq pula menggunakan medium komputer dalam penyampaian ceritanya. Banyak popup, kanak - kanak suka.

Baiklah untuk Teacher Elly, beliau menggunakan paper puppet. Sesi storytelling beliau telah dicapture dalam bentuk video sebab battery camera dah habis. Nanti, InsyaAllah teacher akan upload.

Maka dengan itu, tamatlah sesi practical kami selama 2 minggu. Lepas ini nak submit report pula. Doakan yang terbaik buat kami dan anak - anak ya. :)

No comments:

Post a Comment