Friday, May 28, 2010

Cara - cara penyediaan makanan

Hai semua

Sepanjang TEMA MAKANAN pada bulan ini, bukan sahaja kami membuat aktiviti masak - masak bersama anak - anak malah kami turut mendedahkan kepada mereka bagaimana untuk menyediakan makanan sendiri sebelum makan. Contohnya seperti sebelum kita makan bagaimana nak ceduk/senduk nasi, mengisi lauk pauk diatas nasi dan tertib makan yang lain. Aktiviti ini sangat bagus dalam mendedahkan kepada anak - anak pengurusan diri ketika sebelum, semasa dan selepas makan. Anak - anak lebih berdikari dan bijak menguruskan diri. Ok semua, mari kita tengok kelas Teacher Amy dalam mendidik anak - anak dimeja makan.

Mula - mula kita susun dulu pinggan ye anak - anak.

Baiklah, hati hati semasa menceduk nasi kedalam pinggan.

Atirah pula. Senduk nasi ini kedalam pinggan kamu.

"Sedapnya" mungkin ini yang terdetik dalam kepala Wafiy bila melihat Umairah sedang menyenduk nasi.

Baiklah, giliran Wafiy pula :D

Dan seterusnya diikuti dengan Mimi.

Wah, pandai anak teacher Nauroh senduk sendiri ya.

Okay, sekarang kita isi lauk pula. Mula - mula ayam dahulu.

Yang ini semua dah pandai ye.

Baik - baik ambil tu ye Umairah.


Eh, macam mana pegang sudu tu Wafiy?

Nauroh muka sedih pula ye

Ha Dani punya dah siap. Tunggu nak makan

Semua sedang menunggu nak makan.

Tunggu kawan selesai basuh tangan ye Umairah

Eh, Wafiy tengah buat apa tu?

Mimi yang dah tak sabar tunggu nak makan, sampai menjenguk kawannya.

Last but not least, Nauroh bersedia nak makan.

No comments:

Post a Comment