Saturday, May 29, 2010

Makan - makan berkelah di tepian pantai

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah cerita. Al-kisahnya, terdapat sekumpulan kanak - kanak yang comel - comel telah menjalani suatu aktiviti yang menarik dalam hidup mereka. Berkelah sambil makan - makan bersama teacher mereka dan ibu - ibu (Pn. Miza dan Pn. Norli) yang menemani membuat aktiviti. Walapun diberi nama berkelah tetapi anak - anak kecil yang berumur 1-2 tahun ini tidaklah bersukaria bermandi manda. Hanya makan - makan secara santai dan bermain di playground. Makanan dibekalkan hasil perkongsian (potluck) diantara anak - anak sendiri. Ada yang membawa satay, ada kek, ada roti canai, ada mihun, ada fries, ada air milo dan pelbagai lagi. Pasti anak - anak ini gembira kerana makanan yang disukai oleh mereka dapat dimakan bersama kawan - kawan dan saling berkongsi. Ya itulah PERMATA. Saling bekerjasama dan berganding bahu. Baiklah, mari kita lihat perjalanan anak - anak ini ke Pantai Cahaya Negeri.

Walaupun anak - anak ada 10 orang namun tetap muat kesemuanya dalam sebuah kereta. Maklum saja saiz mereka yang comel belaka. Hehe

Alolo, comel Durrah posing.

1 2 3 Caaak!!
Hah, dah sampai pun. Eh tapi macam kenal saja tempat ini ye. Oh mestilah! Ini kan tempat yang kita buat Hari Keluarga dulu.

Sebelum apa - apa, kita snap dulu group picture. Ini suatu kemestian ye. :D

Freeplay untuk anak - anak.




Dah puas main, boleh makan! Yeay!
Tengok tu, macam - macam adaa...

Terima kasih pada semua ibubapa yang membekalkan makanan untuk anak - anak.

Wah, sedapnya dia makan.

Marsha dan Zikry

"Nak sikit tak Aidil?" tanya Naufal
"Tak nak, nak roti canai tuu" kata Aidil
Comel dua - dua anak teacher ini. Segak berbaju melayu.

Amboi - amboi Atieqa, Zarin..Azim

Nak pergi mana tu Aidil?

Makan - makan..

Selepas kira - kira sejam membuat aktiviti, maka kami pun pulang ke PAPN tercinta. Segalanya selamat dan lancar. Thank you semua :)

No comments:

Post a Comment