Friday, May 28, 2010

Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa April - Mei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar? Diharap semua pembaca sihat dan ceria. Terlebih dahulu, tahniah dan terima kasih pada ibubapa yang datang membuat aktiviti penglibatan bersama anak - anak. Diingatkan bahawa penglibatan ibu bapa ini sangat penting kerana di PERMATA, kami menerapkan konsep pembelajaran terusan (sekolah->rumah->sekolah) dimana hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan anak - anak memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Anak - anak belajar melalui bermain dan ini sekaligus mendorong kebolehan dan potensi anak - anak dapat digarap oleh ibubapa.

Oleh yang demikian, kami menyeru ibubapa PAPN Bagan Pinang akan terus aktif melibatkan diri secara langsung bersama anak - anak demi merangsang perkembangan minda mereka. Terima kasih















No comments:

Post a Comment