Sunday, June 27, 2010

Nature Walk - Jalan - jalan cari buah

Assalamualaikum semua,

Pada hari selasa lepas, kami bersama anak - anak pergi nature walk di sekitar taman untuk mencari pokok buah seperti pokok pisang, pokok rambutan, pokok cempedak, pokok durian dan pelbagai lagi. Jadi, al-kisahnya kami telah memulakan perjalanan kami secara berjalan kaki dengan melawati pokok - pokok yang terdapat disekitar taman desa pinang ini. Mari kita lihat rentetan nature walk kami.

Bersama teacher KEMAS, kami berjalan berpimpinan tangan melawat pokok pertama kami iaitu pokok pisang.

Yang pertama kami jumpa, anak pokok pisang. Kecil saja saiz nya. Tengok muka Ejad, happy dapat sentuh pokok pisang ye.

Kemudian, perjalanan diteruskan ke kawasan sekitar. Tengok kami jalan - jalan ni ibuayah. Seronok dapat berjalan luar menikmati udara segar dan nyaman.

Ha! kemudian kami terjumpa sebatang pokok pisang bersama jantungnya. Kalau lah kami boleh ambil jantung pisang itu, pasti lebih teruja anak - anak melihatnya.

Tiba - tiba terjumpa buah pisang yang agak rendang dan mampu disentuh oleh anak - anak. Tengoklah betapa terujanya mereka ingin merasa buah pisang tersebut.

Iqbaal tengok apa tu sampai begitu sekali teruja wajahnya?

Okay, jalan - jalan lagi...

Kali ini, kita jumpa pokok rambutan pula. Tapi rambutan muda ye. Warna apa anak - anak?
Ijauuu kata mereka. Hehe

Lihat disini, cuba sentuh anak - anak. Kata teacher...

Ada setengah anak teacher kata, geli bila menyentuh buah rambutan tu. Hehe

Wah Ejad, macam YB mendengar ucapan yang disampaikan oleh teacher. Ehehe :D

Ha, semua sentuh daun ini. Beritahu teacher apa yang kamu rasa?

Sebelum bergerak pulang, kami singgah di playground.

Ibuayah jangan risau akan keselamatan anak - anak anda. Selagi mereka dibawah jagaan dan asuhan kami, kami sentiasa dan akan sentiasa menjaga anak - anak anda sebaik dan seselamat mungkin.

Untuk permainan fizikal ini, anak teacher ini, Wani memang sangat aktif dan kerap bermain semula. Seronok dan tak takut langsung akan halangan dihadapan.

Okay, Umairah can do it. Teacher ada..Umairah go .. go!

Athirah pula main gelongsor disini ya.

Baiklah, selepas puas anak - anak bermain..kami pun bergerak pulang ke PAPN semula. Memang menjadi sebuah pengalaman yang menarik kerana anak - anak dapat menerokai alam semulajadi secara langsung dan terus dihadapan mereka. Pengalaman ini juga amat penting bagi meningkatkan deria dan ransangan minda dan sentuhan anak - anak.

No comments:

Post a Comment