Sunday, June 20, 2010

Seriasi Daun

Assalamualaikum,

Hai dan apa khabar pembaca sekalian? Aha, hari ini teacher berkongsi satu lagi aktiviti yang dibuat di PAPN iaitu "Seriasi Daun". Seriasi daun bermaksud menyusun saiz daun dari kecil hingga besar. Terdapat 3 saiz daun iaitu tiny, small and big dan anak - anak perlu menampal daunnya dari saiz tiny -> big pada kertas yang telah dilabelkan. Dalam aktiviti ini, kita ingin melihat bagaimanakah anak - anak melihat sesuatu objek itu (dalam konteks saiz) dan apakah saiz itu besar atau kecil dimata mereka. Aktiviti ini juga melihat kebolehan anak - anak dalam memahami arahan untuk membuat aktiviti tersebut iaitu menampal daun di dalam kotak (label pada kertas) mengikut saiz 1-tiny, 2-small dan 3-big. Kebanyakkan anak - anak yang teacher dapati, anak - anak menampal 1->3->2 iaitu tiny->big->small. Ada yang berjaya menyusun 1->2->3 dan ada juga yang menampal ketiga-tiga saiz pada satu label sahaja dan bermacam jenis lagi. Dari sini, kita dapat melihat bagaimana anak - anak menginterpretasi saiz di mata mereka dan pemahaman mereka.

Baiklah, sekian saja news terkini dari teacher @PAPN Bagan Pinang's blog. :)

Lihat anak - anak sedang mengambil gam untuk menampal daun mereka

Wow! Apa yang sangat menerujakan itu, Neejad?

Sampai meleleh hingus ye Atirah..

Ha, di mata Nauroh saiz small and big adalah sama.

Haeqal tengok apa tu? Tengok macam mana nak buat yer?

Kusyuknya Wafiy dan Mimi buat kerja

Satu lagi Haziq. Go go..

Teacher tuliskan nama dahulu sebelum mix up.

Okay, Neejad punya dah siap.

Explanation by teacher.

No comments:

Post a Comment