Thursday, June 17, 2010

Projek tanaman taugeh

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Selari dengan tema Jun iaitu Tumbuh - tumbuhan, teacher nak kongsikan aktiviti yang kami buat di PAPN. Hari itu kami melakukan aktiviti menanam/menyemai biji kacang hijau menjadi taugeh. Dalam aktiviti ini, anak - anak dapat melihat perbezaan yang berlaku terhadap biji kacau hijau itu bertukar menjadi sayur/pokok taugeh. Semestinya, mereka sangat suka dan teruja melihat perkembangan tanaman taugeh setiap hari. Ada yang wonder apakah dan bagaimanakah pokok taugeh terhasil. Sangat tinggi sifat ingin tahu mereka pada peringkat umur begini. "Teacher ini apa?", "Teacher, macam mane boleh keluar daun?" Itu antara soalan - soalan yang ditanya anak - anak. Baiklah, kita tengok hasil tanaman taugeh pada hari ke-2. Maaf, teacher terlepas snap hari pertama dan sesi penyemaiannya. :)

Inilah dia hasil tanaman taugeh anak - anak. Bertingkat - tingkat. Hehe

Anak - anak teacher sekali tabur, satu genggam tangan dimasukkan dalam bekas. :))

Closer look on our beansprout

Dah start keluar pucuknya. Yeay \:D/

No comments:

Post a Comment