Sunday, June 27, 2010

LASBELA Tamn Botani / So Long, You Will Be Missed

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Diharap sihat sejahtera semuanya. Pasti ibuayah tak sabar nak tengok gambar sepanjang Lawatan Sambil Belajar ke Taman Botani pada jumaat lepas. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar sepanjang lawatan. Malangnya, bagi lawatan kali ini, gambarnya tidak banyak kerana bateri camera habis ketika sampai disana. Teacher minta maaf kerana tidak check dahulu keadaan camera sebelum pergi. Namun, ada sedikit gambar untuk tatapan semua. Gambar - gambar ini adalah semasa ketibaan di Taman Botani dan semasa menaiki tram untuk memulakan lawatan. Yang pasti lawatan ini sangat bermakna dan indah sekali pengalamannya bagi anak - anak. Mereka dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat didunia dan merasa dunia tumbuh - tumbuhan yang penuh warna warni dan berbeza bentuknya. Anak - anak sangat gembira dan teruja ketika berada disana. Boleh dikatakan semua anak - anak seronok menerokai alam flora dan fauna dan yang pasti mereka tidak akan melupakan pengalaman yang sangat berharga ini.

Terima kasih teacher ucapkan kepada ibuayah yang membenarkan anak - anak menyertai lawatan ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami, terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap pada kami. Kami juga memohon maaf atas segala insiden yang berlaku seperti anak tercedera kecil ketika lawatan. Kami harap ibuayah akan terus menyokong kami dan membenarkan anak - anak mengikuti lawatan. PAPN Bagan Pinang is the best :D





Dalam pada itu, sebelum berangkat pergi, izinkan teacher buat kali terakhir meng-post disini dengan kad yang ditujukan khas buat semua warga PAPN Bagan Pinang iaitu anak - anak, pendidik dan ibuayah. Teacher harap ibuayah gembira membaca blog ini sepanjang teacher bercerita kepada semua. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakpuasan didalam blog ini. Teruskan menyokong PAPN Bagan Pinang dan jadikan kita yang terbaik. Selamat datang kepada Ketua Pendidik baru kita iaitu Teacher Eliz (Cik Norhalis). Salam sayang buat semua. Sekian, Assalamualaikum.


Teacher Ochin signing off...

No comments:

Post a Comment