Tuesday, June 22, 2010

Menanam pokok cili

Assalamualaikum dan Salam Ceria!

Kalau hari itu kite sudah menanam atau menyemai kacang hijau menjadi taugeh, hari ini kita nak menanam pokok cili pula. Ya, pokok cili yer anak - anak. Teacher pasti semua anak - anak pernah melihat pokok cili apatah lagi menyentuhnya. Jadi pada aktiviti PERMATA yang lalu, kami membuat projek tanaman pokok cili. Harap - harap menjadi pokok kita ini yer. Baiklah mari kite ikuti rentetan proses menanam pokok cili. Semoga terhibur. :)

Sebelum aktiviti, teacher dah mencangkul dahulu membuat batas untuk anak - anak. Asalkan ada batas...jadi lah ye. Ok dah siap batas, teacher sediakan baja dan biji benihnya.

Ha sekarang ini, baja digaul bersama tanah. Semua gaul sama - sama dengan teacher. Baja ini digunakan untuk nak semai biji benih kita ye anak - anak. Nak kasi pokok tumbuh tinggi-tinggi.

Lepas dah gaul rata - rata, kita siram atau basahkan tanah dahulu. Kita nak hasilkan baja dan tanah yang sihat untuk pokok. Nanti pokok boleh membesar sihat.

Ok, teacher buatkan lubang untuk kita nak letakkan biji benih.

Tengok macam mana teacher buat. Lepas ini semua kena buat juga ok.

Nah, seorang ambil sedikit. Tengok apa tu? Mestilah biji pokok cili. Kecil - kecil saja saiznya.

Ok giliran seorang - seorang untuk memasukkannya.

Jangan takut - takut ye Dani. Sebelum Dani adalah Wafiy. Tak sempat teacher nak klik..Wafiy dah siap. Laju anak teacher ni.

Ok, turn Iqbaal pula.

Neejad pula.

Ok, Daenish. Sila masukkan ke dalam lubang ni.

Umairah punya giliran pula.

Diikuti dengan Wani.

Aisyah...

Dan kembar..

Sekarang dah siap masukkan kedalam lubang, kita tutup dengan baja dan tanah.Teacher letak pacak untuk menandakan pokok kita. Kita tunggu hasilnya selepas 4-5 minggu. Harap - harap berhasil yer.

No comments:

Post a Comment