Saturday, June 19, 2010

The Spooky Old Tree

Assalamualaikum and Good Day :)

Hari ini teacher ingin berkongsi sebuah cerita 'The Spooky Old Tree'. Bagi ibuayah yang ingin mengetahui apakah cerita The Spooky Old Tree ini, boleh menonton video dibawah ini.


Penceritaan bermula....

Berpandukan video yang dimainkan, teacher Elly telah membawa anak - anak ke sebuah alam pengembaraan didalam sebuah hutan. Aktiviti hari ini gabungan kelas T.Elly, T.Amy dan T.Ochin.

Seperti didalam sebuah tayangan gambar, anak - anak memberi sepenuh tumpuan

Lihat betapa fokus dan syoknya mereka mendengar cerita yang disampaikan oleh Teacher Elly

Keesokkan harinya, anak - anak membuat roleplay cerita Spooky Old Tree. Lihat Aisyah menjadi "Pokok Bengkok".

Kawan - kawan lain menjadi "Pokok Tegak"

Bersedia semuaa!!..kata Teacher Elly


Datang si penebang pokok. "Tuk!..Tuk! aku ketuk buat kerusi" katanya

"Tuk!..Tuk! aku ketuk buat meja"

Hanya Pokok Tegak saja yang dipilih oleh Si Penebang kerana pokok tegak ini elok dan masih baik untuk digunakan membuat barang.
Kesian pokok tegak kerana selalu mengejek pokok bengkok

Ok, big circle semula. Kali ini anak - anak pula buat. Teacher tengok.

Siapa nak jadi pokok bengkok? Oh, Ejad, Aidil Shah dan Danial nak jadi yer.

Datang Iqbal, Si Penebang Pokok!

Tuk..tuk, aku ketuk nak buat almari...

Tuk..tuk, aku ketuk nak buat pintu

Ha, Aisyah si pokok tegak tumbang mengikut kawan - kawan pokok yang lain.

Akhir sekali, Pokok Tegak Akif diketuk untuk dijadikan katil...

Seronok kan! Anak - anak PERMATA PAPN Bagan Pinang dapat melakonkan cerita yang didengari mereka. Anak - anak sangat gembira dan teruja untuk melakonkannya dan pandai memahami kata teacher. Mungkin suatu hari nanti kita boleh buat pementasan dan pelbagai lagi.

No comments:

Post a Comment