Wednesday, April 21, 2010

Mesyuarat PIBP PAPN Bagan Pinang kali ke-4



Pada 6 April 2010 lepas, telah berlangsung Mesyuarat PIBP PAPN Bagan Pinang bagi membincangkan beberapa perkara. Antaranya adalah:-
  1. Program bulan April iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria atau Pusat Sains atau Planetarium Negara.
  2. Mom's Workshop
  3. Laporan Penglibatan Ibubapa bagi bulan Mac
  4. Laporan Kewangan bulan Mac
  5. Laporan Maklumbalas Program Hari Keluarga.
  6. Isu - isu berbangkit.
Setelah bermesyuarat, hasilnya:-
  1. Program bulan April Lawatan Sambil Belajar :-
  • Memilih dan membentuk ahli jawatankuasa (En. Syukur Effendy selaku Ketua Projek)
  • Memilih tarikh dan tempat
2. Mom's Workshop
  • Bengkel ini diadakan bertujuan mempelajari dan memahami perihal anak - anak dalam tingkahlaku dan emosi.
  • Tempat : Dewan MPPD
  • Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
  • Masa : 9 - 12.30 tgh
  • Bayaran: RM 5
________________________________________________________________________________

Perhatian
Bagi Program Lawatan Sambil Belajar, pihak AJK telah sebulat suara memilih dan memutuskan:

Tempat: Aquaria KLCC
Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi (berkumpul di PAPN) - 3.00 petang (bertolak pulang ke PAPN)
Bayaran :
  • RM 50; anak PERMATA + 1 pengiring
  • RM 30; anak PERMATA sahaja
Tambahan
  • RM 30; 1 anak selain anak PERMATA
  • RM 50; 2 anak selain anak PERMATA
  • RM 40; extra pengiring
Sila bawa:
  • Sebotol air mineral
  • 2 pasang baju persalinan
Nota:
  • Pihak PAPN akan menyediakan keperluan makanan & minuman sepanjang lawatan
  • Sebarang sumbangan makanan/minuman dialu-alukan.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment