Friday, April 2, 2010

Hari Keluarga PAPN Bagan Pinang 28 Mac 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai! Apa khabar parents dan pembaca? Diharapkan semua sihat dan ceria selalu. Alhamdullilah, pada 28 Mac yang lepas, telah berlangsung Hari Keluarga PAPN Bagan Pinang. Program bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Seawal 8.00 pagi pendidik dan AJK Program telah berhimpun disana untuk menyediakan tempat, peralatan, permainan dan hadiah. Kerjasama antara ibu bapa dan pendidik sangat baik di mana Project Manager iaitu Teacher Mala dan Ketua Projek iaitu Ibu Neejad (Pn. Fauziah) serta team telah bertungkus lumus dan berusaha sehabisnya untuk menyedia dan menyiapkan segala keperluan untuk Hari Keluarga ini. Tidak dilupakan kepada ibu bapa lain yang hadir melibatkan diri serta memberi komitmen yang sangat tinggi pada hari tersebut. Tahniah diucapkan. Oh ya, terima kasih juga pada tetamu yang hadir memeriahkan program iaitu Pendidik PAPN Melaka, rakan - rakan pendidik yang telah memberi bantuan dan pertolongan sepanjang program berlangsung. Baiklah mari kita lihat rentetan kisah pada hari tersebut dimana banyak gambar telah diambil.


Setiba disana, pendidik dan AJK bertungkus lumus menyiapkan program. Pendidik sibuk menyusun hadiah dan hamper manakala team teknikal sedang mencuba PA System. Test test 1 2 3. Cubaan suara :D

Dalam pada itu, Teacher Amy yang menguruskan bahagian permainan dan aktiviti sedang sibuk membuat tapak permainan. Bukan senang juga ya hendak membuat garisan ini. Terima kasih ibu - ibu yang rajin menolong.

Masih lagi dalam proses penyiapan set. Teacher Mala busy sungguh posing ya. Eh, busy checking. Dah ready ker belum?

Okay, akhirnya program sudah boleh dimulakan. Ibuayah dan anak - anak berkumpul untuk pembukaan acara. En. Said selaku Pengerusi PIBP PAPN Bagan Pinang sedang memberi ucapan.
Sambil mendengar ucapan dari Tuan Pengerusi kita.

Selesai sudah sesi ucapan dari Tuan Pengerusi dan Teacher Mala, maka dengan itu mari kita mulakan Hari Keluarga!! hip hip hoorey! Ready untuk PERMATA Song, Chicken Dance dan Tarian Poco - poco.

Wah, seronoknya Aidil Azrin. Happy ya dapat menari. Masa menari ni, anak - anak semua comel menari. Teachers pun happy. :)

Antara anak - anak yang sempat teacher snap during circle time. Ewaahh, comel sungguh anak - anak teacher.

Tarian Poco - poco pula. Untuk pengetahuan, tarian poco - poco ini diminati oleh Teacher Mala dan Teacher Amy. Merekalah guru tarian ini. Hehehe. Amboi, seronok semua menari ya.
Dan bermulalah, acara pertama kita bagi anak - anak 1 dan 2 tahun iaitu 'Mencari gula - gula dalam tepung". Macam - macam ragam dan kerenah anak - anak ketika acara ini. Ada yang ok baik, ada pula meragam dan merengek. Tapi tetap salute pada anak - anak yang berjaya mencuba dan bermain permainan yang disediakan oleh teachers. Memang kelakar lihat aksi masing - masing.

Okay cari lagi ya. Cari banyak - banyak. Siapa paling banyak dia menang. Parents banyak memberi semangat dan motivasi kepada anak. Bagus! ;)

Ramai betul peminat. Eh, ramai betul penonton yang menyaksikan acara 1 dan 2 tahun ini. Memang comel dengan aksi setiap satu. Tengok, sampai didukung Umairah oleh ibu sebab nak tengok ya.

Okay, acara 1 tahun selesai. Kita move on ke acara 3 tahun pula. Kali ini anak - anak 3 tahun akan bersaing dalam acara Spongebox dimana anak - anak perlu memerah sponge dari gayung kedalam bekas air. Acara yang sudah direhearsal ini nampaknya ada yang berjaya buat, ada juga yang menangis. Eh? Tapi semua buat juga akhirnya. Tahniah!

Okay, perah lagi. Perah banyak - banyak!. Siapa paling tinggi, dia menang.

Umairah dan Aisyah yang sedang gigih memerah. Pandai anak - anak teacher bermain. Good job :)

Teacher Amy selaku emcee permainan. Sibuk betul teacher ya. Sambil - sambil itu, anak - anak lain sedang menyaksikan perlawanan.

Eh, kenapa tu Zarin? Eh, kenapa dengan baju Marsha dan muka abg Neejad? Habis penuh tepung. Oh, main tepung yaa?

Ok, lepas main permainan sesi penyampaian hadiah pula. Tahniah kepada pemenang. Yang tidak menang, jangan sedih. Kita bermain untuk tujuan happy - happy dan merapatkan silaturrahim. Semua memang best.

Lagi sesi penyampaian hadiah oleh Pengerusi kita, En. Said

Selesai sudah, kita sambung acara dengan permainan Musical Chair untuk anak - anak 4 tahun. Acara musical chair merupakan kegemaran anak - anak di PAPN. Tapi yang teacher pelik, ada yang menangis. Ish - ish, jangan menangis ye sayang.

Okay, jalan cepat! Ibuayah pula yang teruja. Hehehe

Lepas musical chair, kita ada permainan Straw Kiss-Kiss. Permainan ini adalah diantara ibuayah dan anak - anak. Acara ini memerlukan ibu, ayah dan seorang anak untuk bermain. Terdapat 3 stesyen. Stesyen pertama adalah mengutip getah dengan straw. Stesten kedua, menerima getah menggunakan straw dari stesyen pertama. Dan stesyen terakhir akan menerima getah dari stesyen kedua. Pemain tidak boleh menggunakan tangan untuk mengutip, hanya menggunakan mulut sahaja.

Sabar ya. Nak kutip getah bukan senang tu. Tapi memang cool habis parents sume.

Aaww ^_^

Kami juga ada menyediakan permainan untuk kanak -kanak berumur bawah 12 tahun. Acara dimana meniup belon -> lari -> pecahkan belon. Memang bersemangat betul adik - adik semua.

Lepas itu, kita main Musical Chair versi ibu-ibu dan teachers only. Semua teachers tidak berjaya menawan kerusi. Kemenangan dimiliki oleh ibu-ibu. Tahniah.

Acara permainan bersambung dengan Treasure Hunt pula. Acara Treasure Hunt adalah untuk family sahaja. Lihatlah, ibu - ibu, bapa - bapa kusyuk mendengar arahan dan cara permainan.

Ok, ready ya! Cepat - cepat cari barang itu.

Lepas dah cari dan kutip, kita ke counter pengiraan barang pula. Kalau dah cukup, ok you are done! Belum cukup, sila cari lagi dalam masa yang semakin singkat.

Akhir sekali, acara yang disediakan oleh ibuayah untuk teachers. Permainan yang menggunakan belon berisi air. Teachers dibahagikan kedalam 2 kumpulan. Kena baling belon dari belakang dan tangkap belon. Memang best. Lepas ni buat lagi ya.

Dah penat bermain permainan, mari kita menjamu selera. Pasti penat dan dahaga semua. Jemput makan semua. Terima kasih kepada ibuayah dan pendidik yang sudi membawa makanan secara potluck.

Alhamdulillah dah kenyang, kita sambung acara penyampaian hadiah lagi. Dijemput Puan Tuty selaku Timbalan Pengerusi PIBP PAPN menyampaikan hadiah. Seronok anak - anak dapat hadiah ya.
Lagi hadiah untuk pemenang - pemenang. Tahniah :)

Adik - adik pun dapat juga.

Barisan teachers yang hadir memeriahkan Hari Keluarga. Terima kasih kami ucapkan pada semua. :)

Rakan - rakan yang hadir memberi bantuan dan sokongan. Terima kasih :)
Akhirnya, selesai sudah Hari Keluarga dengan sesi foto beramai - ramai. Ini merupakan program kedua setelah lawatan ke Muzium Tentera. Kita nantikan program akan datang April ini. Akhir kata dari teachers, Gendang gendut tali kecapi, Ada jodoh kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment