Friday, April 30, 2010

Lawatan dan Praktikal di PAPN Bagan Pinang

Salam 1Malaysia,

Untuk makluman ibuayah, bermula minggu ini hingga minggu hadapan, Teacher Elly, Teacher Amy dan Teacher Ochin akan menjalani praktikal. Praktikal kami akan diselia oleh Pn.Rogayah. Pasti ibuayah pernah melihat Pn. Rogayah di PAPN sebelum ini. Beliau turut menyelia pendidik dari KEMAS dan YPKT yang telah menjalani praktikal di PAPN Bagan Pinang. Dalam pada itu, kita juga menerima seorang pegawai pemantau iaitu En.Faiq yang turut menjalani praktikal disini dan jurulatih KEMAS iaitu Pn. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Ummi. Hadir melawat dan memantau PAPN Bagan Pinang pada rabu lepas ialah Datin Sakdiah dari Bahagian PERMATA, JPM. Sekian makluman untuk semua.














Ibuayah, doakan kami ya. :)

No comments:

Post a Comment