Wednesday, April 21, 2010

Mari Memanggang!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 16 April 2010 bersamaan dengan hari Jumaat, telah berjalan satu aktiviti PERMATA yang melibatkan penglibatan ibu bapa iaitu MARI MEMANGGANG. Aktiviti Mari Memanggang ini adalah sejajar dengan tema bulan April iaitu DERIA SAYA dimana sub tema bagi minggu tersebut adalah 'Saya boleh melihat dan Saya boleh menghidu'. Oleh yang demikian, pendidik PAPN Bagan Pinang telah bercadang untuk mengadakan sesi memanggang bersama ibuayah untuk anak - anak PERMATA bagi pengalaman dan eksplorasi terus. Terima kasih kepada ibuayah yang telah membekalkan sumber makanan dan juga ibuayah yang hadir meluangkan masa dan tenaga pada hari tersebut untuk memanggang. Best sangat aktiviti ini. Mungkin kita boleh buat lagi pada masa hadapan. Baiklah seperti biasa, gambar untuk tatapan readers semua. Have fun :)

Ok sebelum memulakan memanggang, tempat memanggang kena disediakan dulu. Awal - awal lagi Teacher Mala dah hidupkan api nak tunggu jadi bara.
Baiklah, seperti yang dijanjikan! Gambar Pn Miza dimasukkan dalam blog. Hehehe:D
En. Asrul juga datang untuk menolong memanggang.
Sesi persiapan makanan untuk dipanggang. Memang best kerjasama ibuayah semua :)
Tikar dibentang diperkarangan PAPN. Inilah pertama kali anak - anak PERMATA makan diluar sambil menikmati pemandangan sekitar.
Antara ibuayah yang hadir menyediakan makanan dan hidangan.
Akhirnya, dapat juga kita makan. Tapi sebelum itu, baca doa dulu ya anak - anak.
Aaaww, happy sokmo ibuayah yer. Sama - sama kita baca doa yer.
Okay, boleh makan. Ambil seorang satu burger ini. Penat ibuayah masak dah.
Sesi makan. :D
Teacher suka jagung manis tu. Semua pun sedaplah. Terima kasih :)
Makan anak - anak, makan.



Banyak makanan yang dibawa. Kenyang semua. Amin, rezeki jangan ditolak.

Masih lagi makan - makan.

Dan, setelah semua puas menikmati makanan dan juadah yang tersedia..kami mengemas bersama pula. Terima kasih diucapkan kepada semua ibuayah kerana sudi menolong, memberi sokongan dan sambutan dan meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Jasa anda kami hargai. :)

No comments:

Post a Comment