Friday, April 30, 2010

Aktiviti PERMATA Week 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca semua? Diharapkan anda semua sihat dan dirahmati hendakNya. Hari ini teacher nak berkongsi catitan sepanjang minggu 4 di PAPN. Dirumuskan untuk pengetahuan semua, bulan April adalah tema DERIA Saya. Sepanjang 4 minggu, anak - anak banyak mengeksplorasi dan bereksperimen tentang deria dan seperti biasa, setiap minggu kita mempunyai sub tema. Bagi minggu 1 - Saya boleh menyentuh, minggu 2 - Saya boleh melihat & Saya boleh menghidu, minggu 3 - Saya boleh mendengar dan minggu 4 - Saya boleh merasa. Telah banyak aktiviti PERMATA berjalan di PAPN dan pasti ibuayah ingat antaranya ialah aktiviti 'Jom memanggang' bersama anak - anak. Selepas ini, harap anak - anak lebih peka terhadap persekitaran mereka kerana dah didedahkan dan belajar tentang deria sentuh, rasa, lihat, hidu dan dengar. Okay, mari kita lihat gambar untuk tatapan semua. :D

Kelas T.Ochin, masa ini tengah buat aktiviti 'My Salted Egg'. Teacher nak lihat kreativiti dan daya seni anak - anak.
Aisyah dah siap dulu tampal cotton wool tu ye. Okay tunggu kawan - kawan lain siap ye.
Aidil Shah yang geli-geli nak celup cotton wool tu dan tampal. Tapi siap juga kan.
Adawiyyah fokus-fokus! Iqbaal dah siap..tengok kawan sebelah pula ye.
Dan Wani, anak teacher yang pengemas bila buat kerja.
Seterusnya, kelas T.Amy tengah buat komponen deria dan sensori. Apa rasa air itu anak - anak?
Dengar sini anak - anak! Teacher tengah cakap.
Manis ke masin itu?
Eh-eh tiba tiba datang Adawiyyah pula. ^_~
At the same time, anak - anak T.Mala dan T.Sha bergabung main parachute. Wah comelnya semua anak teacher.
Aaaww *cuteness*
Eh! Tiba tiba datang seekor ikan bernama Naufal. Hehe
Ikan kena golek ke? Kesian dia.
Eh, mermaid pun ada. Mermaid bernama Atieqa. Seronok ya main games.
Tengah cuba nak swim ye anak teacher?
Lepas physical, kita buat seni pula. Wah, pandai anak - anak teacher mewarna ye.
Kusyuknya dia mewarna.
Warna cantik - cantik ya anak - anak.
Eh, Aiman tengah buat apa tu?

No comments:

Post a Comment