Tuesday, September 11, 2012

Aktiviti Bulan Mei

15 Mei 2012 : Buat Sandwich Telur bersama Anak-Anak Teacher Eja

Bersempena tema makanan untuk bulan Mei, anak-anak Teacher Eja buat sandwich telur.

Mula-mula sapu marjerin pada roti dulu

In progress
Anak-anak seronok buat sandwich telur. Simple je caranya.
Mula-mula sapu marjerin pada roti. Kemudian, minta anak-anak kopek telur dan minta mereka hancurkan telur dengan menggunakan garfu. Selepas itu, minta anak-anak letakkan sedikit mayonis dan marjerin ke dalam telur yang telah dihancurkan dan gaulkan sehingga rata. Akhir sekali barulah boleh minta anak-anak letakkan telur di atas roti. Siap dah!

Farish lah yang paling suka sandwich telur ni :)

Majlis Ramah Mesra Permata Negara Bagan Pinang dan Hospital Columbia Asia Seremban

Pada 14 April 2012 iaitu pada hari Sabtu, berlangsung Majlis Ramah Mesra PAPN Bagan Pinang dan Hospital Columbia Asia Seremban. Majlis ini diadakan di Dewan Bagan Pinang dan dihadiri oleh para ibubapa dan beberapa orang alumni PIBP PAPN Bagan Pinang. Antara pengisian program adalah ceramah kesihatan daripada doktor yang berkhidmat di Hospital Columbia Asia tentang kesedaran penjagaan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Jururawat yang datang untuk membuat pemeriksaan sangat mesra dan ramah.




Nurse yang ceria dan mesra :)

Masing-masing fokus!

Bapa Zakiah tengah cek tekanan darah

Puan Nurshazila sedang cek kandungan gula

Bapa Furqan pun tak ketinggalan

Teacher Ira ni tinggi ke gulanya?hehe



 Terima kasih yer Hospital Columbia Asia Seremban sebab sudi memberikan khidmat ni secara percuma :)


Aktiviti Bulan April

5 April : Roti Pizza Saya (Anak 3 tahun)

Anak Teacher Eja dan Teacher Fizah dah pandai buat roti pizza tau! tak percaya? lets check it out :)

Tekun semuanya :)
 Oh! Lupa nak beritahu.. bahan-bahannya adalah roti, marjerin, sosej, sayur campur, cheese, sos tomato  dan  cendawan butang. Sebelum bahan-bahan ni dipotong, kenalah cuci dulu. Lepas cuci dan potong, barulah boleh sapu marjerin pada roti dan letakkan bahan-bahannya di atas roti.
Mula-mula sapu marjerin

Lepas tu, letakkan sosej yang telah dipotong kecil

Ni lah hasilnya
Lepas dah siap tu, baru lah bakar sekejap.

Kalau semua nak tau, bahan-bahan ni semua anak-anak potong sendiri dengan menggunakan pisau plastik.
Kepada sesiapa yang nak rasa roti pizza ni, boleh lah datang sekolah bawa bahan-bahan. Nanti anak-anak boleh tolong buatkan...Hehehe


13 April : Aktiviti buat jeli

Seminggu lepas buat roti pizza, anak-anak buat jeli pula. Sambil anak-anak membuat jeli, boleh lah dia belajar tentang tekstur jeli yang lembik. Yang paling best bila dapat makan jeli buatan sendiri..Hehehe..

Teacher Fizah tolong kacaukan

Sebelum masukkan jeli, kita letakkan sedikit nata de coco

PEACE!!!
Pada waktu petang pula, kami buat sambutan hari lahir Soraya Khadijah yang keempat.
Ibu, ayah dan kakak Soraya pun ada bersama-sama anak Permata.

Soraya ajak Dwi, Zakiah dan Durrah untuk potong kek sama-sama

Kek Angry Bird menjadi pilihan Soraya