Friday, April 30, 2010
Lawatan dan Praktikal di PAPN Bagan Pinang
Salam 1Malaysia,













Untuk makluman ibuayah, bermula minggu ini hingga minggu hadapan, Teacher Elly, Teacher Amy dan Teacher Ochin akan menjalani praktikal. Praktikal kami akan diselia oleh Pn.Rogayah. Pasti ibuayah pernah melihat Pn. Rogayah di PAPN sebelum ini. Beliau turut menyelia pendidik dari KEMAS dan YPKT yang telah menjalani praktikal di PAPN Bagan Pinang. Dalam pada itu, kita juga menerima seorang pegawai pemantau iaitu En.Faiq yang turut menjalani praktikal disini dan jurulatih KEMAS iaitu Pn. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Ummi. Hadir melawat dan memantau PAPN Bagan Pinang pada rabu lepas ialah Datin Sakdiah dari Bahagian PERMATA, JPM. Sekian makluman untuk semua.
Aktiviti PERMATA Week 4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
At the same time, anak - anak T.Mala dan T.Sha bergabung main parachute. Wah comelnya semua anak teacher.
Apa khabar pembaca semua? Diharapkan anda semua sihat dan dirahmati hendakNya. Hari ini teacher nak berkongsi catitan sepanjang minggu 4 di PAPN. Dirumuskan untuk pengetahuan semua, bulan April adalah tema DERIA Saya. Sepanjang 4 minggu, anak - anak banyak mengeksplorasi dan bereksperimen tentang deria dan seperti biasa, setiap minggu kita mempunyai sub tema. Bagi minggu 1 - Saya boleh menyentuh, minggu 2 - Saya boleh melihat & Saya boleh menghidu, minggu 3 - Saya boleh mendengar dan minggu 4 - Saya boleh merasa. Telah banyak aktiviti PERMATA berjalan di PAPN dan pasti ibuayah ingat antaranya ialah aktiviti 'Jom memanggang' bersama anak - anak. Selepas ini, harap anak - anak lebih peka terhadap persekitaran mereka kerana dah didedahkan dan belajar tentang deria sentuh, rasa, lihat, hidu dan dengar. Okay, mari kita lihat gambar untuk tatapan semua. :D
Kelas T.Ochin, masa ini tengah buat aktiviti 'My Salted Egg'. Teacher nak lihat kreativiti dan daya seni anak - anak.
Labels:
aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)

