Monday, February 15, 2010

Mesyuarat AJK PIBP PAPN Bagan Pinang Kali Ke-3

Pada 5hb Feb 2010, telah berjalan mesyuarat AJK PIBP untuk membincangkan agenda semasa dan progres program bulanan yang akan diadakan pada penghujung Febuari ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah :-

1) Lawatan ke Muzium Tentera (berkaitan - masa, tarikh, pengangkutan dan makanan)
2) Program Makan Malam Permata Bagan Pinang
3) Program akan datang (Mac) - Hari Keluarga bersama pengarah projek (T.Mala)

Hasil perbincangan :-

1) Lawatan ke Muzium Tentera
  • Masa: Berkumpul di PAPN Bagan Pinang pada pukul 8.30 pagi. Bertolak pada pukul 9.00 pagi
  • Tarikh: 20 Feb 2010 (Sabtu)
  • Pengangkutan: Penggunaan trak tentera (akan diconfirmkan oleh Pn. Tuty)
  • Makanan: Roti dan air kotak untuk sarapan pagi (akan disediakan oleh Ibu Zarin
2) Program Makan Malam
  • Diusulkan dan dipersetujui untuk dibuat pada majlis konvokesyen anak - anak PERMATA iaitu pada hujung tahun sekitar bulan 12.
3) Program Hari Keluarga (Mac)
  • Pemberitahuan program akan datang bagi bulan mac adalah Hari Keluarga
  • Pengarah projek adalah Teacher Mala
  • Penyenaraian tugas
Mesyuarat berjalan sekitar 30-40 minit selepas waktu PAPN. AJK yang hadir adalah Ibu Iqbal/Arif Aiman, Ibu Wafiy/Zaim, Ibu Wani dan Ibu Zarin. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan kerjasama yang diberikan. Semoga penglibatan ajk dan ibu bapa PAPN Bagan Pinang akan terus aktif.





No comments:

Post a Comment