Friday, November 23, 2012

Birthday Bash ~ September & October Babies & Teacher Nana's Farewell Party

September Babies

Seramai dua orang kanak-kanak PERMATA yang menyambut hari lahir pada bulan September iaitu Dwi Dania Danisha dan Muhammad Ammar Auf. Mereka sudah 4 tahun. Semoga mereka panjang umur dan dilindungi oleh Allah S.W.T sentiasa.


           Meriahnya kek Dwi Dania
Ammar dan Umi


October Babies Birthday & Teacher Nana's Farewell Party

Pada bulan Oktober pula, Zikry, Aqish dan Teacher Nana celebrate birthday bersama. Hari lahir Teacher Balqish juga jatuh pada tarikh yang sama dengan Teacher Nana. Akan tetapi beliau tidak dapat hadir ketika majlis ini berlangsung. Pada masa yang sama, Majlis Perpisahan Teacher Nana juga diadakan serentak secara mengejut. Perancangan untuk membuat kejutan oleh ibubapa berjalan dengan lancar. Teacher Nana terkejut apabila melihat ramai ibubapa yang hadir pada petang itu. Yang paling best Teacher Nana dapat hadiah jam tangan yang cantik daripada para ibubapa.

Teacher Nana diarahkan untuk berpindah dan bertugas di Pusat Anak PERMATA Negara Raja Alias, Serting Negeri Sembilan pada 1 November 2012. Kami semua merasa sedih di atas kepergiannya ke tempat baharu. Semoga Teacher Nana sukses di sana. We love you :)

Kek Secret Recipe yang sedapppppp
Teacher Nana bersama Aqish dan Zikry

Teacher Ira dan Teacher Fizah


Pasca Raya - Open House 

Teacher Balqish~Teacher Fizah~Teacher Eja~Teacher Nana~Teacher Ila~Teacher Ira

Assalamualaikum. Walaupun Hari Raya dah lama berlalu, gambar Open House Pasca Raya Teacher untuk Keluarga PERMATA Baru sahaja nak diupload. Sorry ye sebab lewat. Gambar baru dijumpai. Hehe... Actually majlis ini diadakan sehari selepas tamat bulan Syawal. Juadah disediakan oleh teacher dan dibantu oleh teacher yang sudah berpindah dari PAPN Bagan Pinang iaitu Teacher Mala. Walaupun majlis ini tidak besar, tapi kami terharu dengan kehadiran keluarga PERMATA dan tetamu yang lain. 

Majlis bermula seawal jam 3.00 petang sehingga 10.00 malam

Ammar dan Umi antara yang terawal tiba :)

Sebelah petang

Tuan Rumah bersama Penganjur Bersama

Encik Mizam dan keluarga, gardener merangkap guard sekolah yang baik hati

Family Damia sedang memilih juadah

Macam-macam ada.....

Sebelah malam lagi meriah!




TQ semua kerana sudi hadir



Terima kasih kepada semua tetamu. InsyaAllah ada rezeki lagi kami buat tahun pada tahun hadapan. :)

Monday, October 29, 2012

Aktiviti sepanjang bulan Oktober 2012

Hmmmm....sekejap je masa berlalu. Dah masuk bulan Oktober. Tak lama lagi anak-anak 4 tahun akan berkonvo dan anak-anak baru akan mendaftar masuk pula. Sebelum hendak menyambut kedatangan anak-anak baru, sekolah kenalah ceria. Deko untuk setiap bilik juga akan diubah. So, sebelum projek menghias bermula, para ibubapa dan penjaga kepada anak-anak PERMATA yang baik hati ni, mengecat ruang dalam sekolah. Setiap ruang diberikan nafas baru dengan warna yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaan ruang. Penasihat untuk projek ini adalah Encik Yusrizam iaitu bapa kepada Nur Qaliesha Damia manakala Teacher Fizah pula merangkap penasihat warna cat untuk setiap ruang. Ala-ala Eric Leong sangatkan.. Hehehe....Encik Yusrizam juga yang bertanggungjawab untuk membeli cat dan proses mengecat dilaku secara berperingkat mengikut kelas masing-masing. Pembahagian adalah seperti berikut :

Teacher Balqish - Pejabat
Teacher Fizah    - Bilik Aktiviti 1 (Girl's Room) dan Bilik Aktiviti 2 (Boy's Room)
Teacher Nana    - Ruang Utama
Teacher Eja       - Ruang Makan dan Perpustakaan

RUANG MAKAN



Penasihat projek En. Yusrizam

Sedang bekerja
Ceria
Suami dan isteri yang rajin
Sudah Oren






Isi Kad Penglibatan PIBP
                                                                           
       

                                             PEJABAT





Teacher Eja pun join
Encik Sufian tekun


Sempat menjeling Teacher Ila tu....



Papa Marsha Irdeena


Kerja-kerja mengecat bermula pada 3 Oktober dan berakhir pada 23 Oktober 2012.


BILIK AKTIVITI 1 (GIRL'S ROOM)





HALL

Parents yang rajin buat aktiviti selepas waktu bekerja

Nenek Azim antara nenek yang rajin buat aktiviti di sekolah

Puan Miza dan Encik Afendi pun tak ketinggalan membantu sebelum projek mengecat bermula
Office dah berubah suasana

Encik Sufian dan Adik Yazid

Sempat lagi teacher ni

 HASILNYA.......

Kitchen dah orange

Purple room




Office

Setelah semua ruang siap dicat, selepas ini sesi menghias sudut pula. Nantikan update seterusnya mengenai hiasan sudut ok! :) TQ kepada semua ibubapa, pendidik dan keluarga anak-anak PERMATA kerana bertungkus-lumus mengecat sekolah kita.