Tuesday, January 18, 2011

BACAAN YAASIN & MEETING PIBP KALI-1 2011


Tepat pukul 9 malam, 17/1/2011, bertempat di PAPN Bagan Pinang, telah berlangsung majlis bacaan Yaasin dan meeting PIBP kali-1 untuk tahun ini....


buat ape tu? suai kenal dengan parents baru ke, Teacher Eliz?


Tepat pukul 9.45 mlm, bermulala sesi mesyuarat agong PAPN Bagan Pinang kali-1.....hangat betul suasana meeting, tetapi dapat di'cool'kan dengan angin yang bertiup sepoi2 bahasa dari luar persekitaran PAPN...

Ape pon, tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa yang berjaya menghadirkan diri ke majlis malam tadi...tahniah!

Setelah berbalas-balas hujah dan pandangan, ibu bapa sempat menjamu selera dengan juadah yang dibawa oleh mereka sendiri sebelum pulang ke rumah masing-masing....banyak betul makanan dan sedap-sedap belaka.....terima kasih....

para ibu sedang menikmati juadah....

yummy.......

Teacher Mala nampaknye sedang khusyuk mendengar pertanyaan dari parents...

Okla....ini sahaja buat masa ini....segala aktiviti PAPN Bagan Pinang akan dikemaskini dari semasa ke semasa...








SELAMAT DATANG 2011

Pejam celik...pejam celik....dah bertukar tahun....ini bermakna PAPN Bagan Pinang pon dah genap berusia setahun....selamat datang diucapkan kepada semua anak-anak lama dan baru....

Untuk tahun ini, PAPN Bagan Pinang menerima kehadiran 2 orang pendidik baru iaitu Teacher Zue dan Teacher Eja...selamat datang teacher!!

Seramai 16 orang anak-anak baru yang telah mendaftar pada 3 hb yang lepas....

Tuesday, November 2, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Pada 29/9/2010, PAPN Bagan Pinang amat-amat bertuah kerana berpeluang mengikuti latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini telah dijalankan oleh Uncle-uncle Bomba & Aunty-aunty Bomba daripada Balai Bomba Port Dickson.

Anak-anak sedang tekun mendengar penjelasan daripada uncle bomba bagaiman cara untuk menyelamatkan diri dan laluan yang perlu digunakan sewaktu berlakunya kebakaran

Lihatlah begitu bersungguh-sungguh anak-anak berlatih untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran, mereka diterapkan dengan tiga langkah untuk menyelamatkan diri iaitu 1.rebah 2.golek 3.merangakak ke pintu kecemasan

Seronok & teruja jelas kelihatan di setiap wajah anak-anak apabila mereka berpeluang menaiki jentera bomba,wah..tersenyum Iqbaal ye dapat naik dulu.

Tolong-tolong api..... "Beginilah adik-adik cara nak padam api," kata salah seorang Uncle Bomba

Anak-anak diberi peluang untuk mencuba mamadamkan api. Aisyah begitu teruja bila dapat padamkan api.

Masa untuk balik..., semua ahli bomba bersiap-siap kemaskan semua peralatan

Bergambar kenangan bersama-sama ahli bomba....terima kasih
uncle dan aunty bomba kerana bersabar mengajar kami sewaktu latihan kebakaran dijalankan, best sangat..... Terima kasih daun keladi ,kalau boleh datangla lagi.

Posted by Picasa