Tuesday, November 2, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Pada 29/9/2010, PAPN Bagan Pinang amat-amat bertuah kerana berpeluang mengikuti latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini telah dijalankan oleh Uncle-uncle Bomba & Aunty-aunty Bomba daripada Balai Bomba Port Dickson.

Anak-anak sedang tekun mendengar penjelasan daripada uncle bomba bagaiman cara untuk menyelamatkan diri dan laluan yang perlu digunakan sewaktu berlakunya kebakaran

Lihatlah begitu bersungguh-sungguh anak-anak berlatih untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran, mereka diterapkan dengan tiga langkah untuk menyelamatkan diri iaitu 1.rebah 2.golek 3.merangakak ke pintu kecemasan

Seronok & teruja jelas kelihatan di setiap wajah anak-anak apabila mereka berpeluang menaiki jentera bomba,wah..tersenyum Iqbaal ye dapat naik dulu.

Tolong-tolong api..... "Beginilah adik-adik cara nak padam api," kata salah seorang Uncle Bomba

Anak-anak diberi peluang untuk mencuba mamadamkan api. Aisyah begitu teruja bila dapat padamkan api.

Masa untuk balik..., semua ahli bomba bersiap-siap kemaskan semua peralatan

Bergambar kenangan bersama-sama ahli bomba....terima kasih
uncle dan aunty bomba kerana bersabar mengajar kami sewaktu latihan kebakaran dijalankan, best sangat..... Terima kasih daun keladi ,kalau boleh datangla lagi.

Posted by Picasa

1 comment:

  1. minta maaf izinkan sya guna gambar untuk tujuan kertas kerja diploma PAKK . terima kasih

    ReplyDelete