Sunday, June 27, 2010

LASBELA Tamn Botani / So Long, You Will Be Missed

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Diharap sihat sejahtera semuanya. Pasti ibuayah tak sabar nak tengok gambar sepanjang Lawatan Sambil Belajar ke Taman Botani pada jumaat lepas. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar sepanjang lawatan. Malangnya, bagi lawatan kali ini, gambarnya tidak banyak kerana bateri camera habis ketika sampai disana. Teacher minta maaf kerana tidak check dahulu keadaan camera sebelum pergi. Namun, ada sedikit gambar untuk tatapan semua. Gambar - gambar ini adalah semasa ketibaan di Taman Botani dan semasa menaiki tram untuk memulakan lawatan. Yang pasti lawatan ini sangat bermakna dan indah sekali pengalamannya bagi anak - anak. Mereka dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat didunia dan merasa dunia tumbuh - tumbuhan yang penuh warna warni dan berbeza bentuknya. Anak - anak sangat gembira dan teruja ketika berada disana. Boleh dikatakan semua anak - anak seronok menerokai alam flora dan fauna dan yang pasti mereka tidak akan melupakan pengalaman yang sangat berharga ini.

Terima kasih teacher ucapkan kepada ibuayah yang membenarkan anak - anak menyertai lawatan ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami, terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap pada kami. Kami juga memohon maaf atas segala insiden yang berlaku seperti anak tercedera kecil ketika lawatan. Kami harap ibuayah akan terus menyokong kami dan membenarkan anak - anak mengikuti lawatan. PAPN Bagan Pinang is the best :D





Dalam pada itu, sebelum berangkat pergi, izinkan teacher buat kali terakhir meng-post disini dengan kad yang ditujukan khas buat semua warga PAPN Bagan Pinang iaitu anak - anak, pendidik dan ibuayah. Teacher harap ibuayah gembira membaca blog ini sepanjang teacher bercerita kepada semua. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakpuasan didalam blog ini. Teruskan menyokong PAPN Bagan Pinang dan jadikan kita yang terbaik. Selamat datang kepada Ketua Pendidik baru kita iaitu Teacher Eliz (Cik Norhalis). Salam sayang buat semua. Sekian, Assalamualaikum.


Teacher Ochin signing off...

Ceramah Pergigian dari Klinik Pergigian Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada hari khamis lepas, telah berlangsung sebuah ceramah pergigian dan cara - cara menggosok gigi yang betul kepada pendidik, ibu bapa dan anak - anak. Lawatan dari klinik pergigian ini telah menyampaikan sebuah ceramah yang penuh dengan informasi dan tips untuk penjagaan gigi yang betul dan masalah - masalah pergigian yang ada. Terima kasih kepada pihak klinik pergigian kerana sudi meluangkan masa memberi ceramah dan cara menggosok gigi yang betul kepada anak - anak PERMATA.


















Malam Senandung Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pasti ibuayah semua ternanti - nanti akan report post event kita iaitu Malam Senandung Kejayaan kan. Memandangkan gambar sangat banyak dan tidak praktikal untuk teacher uploadkan semua sekali dalam blog ini, maka dengan itu teacher telah upload dalam slide.com untuk memudahkan ibuayah melihatnya. Pergerakan speed slide bergantung kepada connection internet ibuayah ye. Jika laju dan tiada masalah, maka cepatlah ia habis loading. Selamat menonton. Maaf jika gambar kurang berkualiti.



Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibuayah yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama malahan komitmen yang tinggi terhadap majlis ini. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri dan sporting untuk acara yang telah disediakan oleh teachers. Kami sangat menghargai usaha dan bantuan yang dikongsi oleh parents dan jika berkesempatan, boleh dianjurkan lagi majlis sebegini pada masa hadapan untuk mengeratkan silaturahim. InsyaAllah. Majulah PAPN Bagan Pinang untuk semua. We are the best \:D/