Friday, May 28, 2010

Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa April - Mei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar? Diharap semua pembaca sihat dan ceria. Terlebih dahulu, tahniah dan terima kasih pada ibubapa yang datang membuat aktiviti penglibatan bersama anak - anak. Diingatkan bahawa penglibatan ibu bapa ini sangat penting kerana di PERMATA, kami menerapkan konsep pembelajaran terusan (sekolah->rumah->sekolah) dimana hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan anak - anak memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Anak - anak belajar melalui bermain dan ini sekaligus mendorong kebolehan dan potensi anak - anak dapat digarap oleh ibubapa.

Oleh yang demikian, kami menyeru ibubapa PAPN Bagan Pinang akan terus aktif melibatkan diri secara langsung bersama anak - anak demi merangsang perkembangan minda mereka. Terima kasih















Thursday, May 27, 2010

Mother's Day

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Walaupun Hari Ibu telah lama habis, tetapi spirit Hari Ibu itu sentiasa tersemat dalam hati. Walaupun juga, agak lambat kami mengemaskini blog tentang Hari Ibu, tetap disanjungi dan diingati ibu - ibu yang dikasihi dan disayangi. Oleh yang demikian, teacher ceritakan sedikit aktiviti melalui gambar dibawah yang dibuat oleh anak - anak kumpulan Teacher Elly bersama Teacher Faiq pada 3 minggu lepas.










Kami sayang ibu *hug and kiss*

Wednesday, May 26, 2010

Farewell Teacher Boy. You'll be missed :)

Teacher Boy (En. Faiq) telah menamatkan sesi praktikal dari 28 April 2010 - 12 Mei 2010. Semoga mendapat latihan dan guidance yang terbaik semasa berada di PAPN Bagan Pinang. All the best for your future undertaking. :) Oh, dan Selamat Pengantin Baru pada bakal pengantin kita ini. *bunyi kompang*


Antara anak - anak yang paling menyukai dan manja dengan En.Faiq adalah Durrah Hannah. Sesi penyampaian cenderahati pun Durrah nak ikut. Agaknya, nak ikut teacher boy balik ofis kalau boleh. Hehe.