Minggu lepas, ibu Haikal Danial telah datang ke PAPN untuk membuat aktiviti bersama anak - anak. Pn Zanariah telah berbesar hati untuk menyediakan kek cawan untuk dihiaskan bersama anak - anak PERMATA. Pelbagai gaya dan bentuk hiasan telah terhasil mengikut kreativiti dan daya seni masing - masing. Comel sungguh teacher lihat anak - anak menghias cupcakes tu. First time menghias cupcakes sendiri ya. Mesti teruja. Maybe next time kite boleh buat aktiviti Baking Cake pulak ker? Hehe :). Alright, thank you ibu Haikal Danial on your contribution. Next time kita buat lagi ya.
Tuesday, April 27, 2010
Friday, April 23, 2010
MOM'S WORKSHOP
PAPN BAGAN PINANG
Pada 17 April 2010 (Sabtu) lepas, telah diadakan satu program yang dinamakan MOM's Workshop anjuran PAPN Bagan Pinang. Bengkel ini adalah bertujuan untuk berkongsi bersama mengenai pengurusan tingkah laku kanak - kanak dan tips keibubapaan. Bertempat di Dewan MPPD, seramai 18 orang para ibu telah hadir memberi sokongan dan semangat untuk mempelajari mengenai perihal anak - anak. Bengkel yang padat dengan pengisian seperti membuat rutin asas di PAPN, belajar lagu dan doa, belajar menari dan pelbagai lagi aktiviti telah dibuat bersama oleh pendidik. Terima kasih pendidik ucapkan kepada semua ibu atas komitmen, masa dan tenaga yang dihulurkan demi anak - anak kita. Selamat menonton gambar dibawah :)
Setiba disana, ibu-ibu perlu register dulu ye dikaunter. RM 5 sahaja utk registeration.
Wednesday, April 21, 2010
Mari Memanggang!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tikar dibentang diperkarangan PAPN. Inilah pertama kali anak - anak PERMATA makan diluar sambil menikmati pemandangan sekitar.





Dan, setelah semua puas menikmati makanan dan juadah yang tersedia..kami mengemas bersama pula. Terima kasih diucapkan kepada semua ibuayah kerana sudi menolong, memberi sokongan dan sambutan dan meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Jasa anda kami hargai. :)
Pada 16 April 2010 bersamaan dengan hari Jumaat, telah berjalan satu aktiviti PERMATA yang melibatkan penglibatan ibu bapa iaitu MARI MEMANGGANG. Aktiviti Mari Memanggang ini adalah sejajar dengan tema bulan April iaitu DERIA SAYA dimana sub tema bagi minggu tersebut adalah 'Saya boleh melihat dan Saya boleh menghidu'. Oleh yang demikian, pendidik PAPN Bagan Pinang telah bercadang untuk mengadakan sesi memanggang bersama ibuayah untuk anak - anak PERMATA bagi pengalaman dan eksplorasi terus. Terima kasih kepada ibuayah yang telah membekalkan sumber makanan dan juga ibuayah yang hadir meluangkan masa dan tenaga pada hari tersebut untuk memanggang. Best sangat aktiviti ini. Mungkin kita boleh buat lagi pada masa hadapan. Baiklah seperti biasa, gambar untuk tatapan readers semua. Have fun :)
Ok sebelum memulakan memanggang, tempat memanggang kena disediakan dulu. Awal - awal lagi Teacher Mala dah hidupkan api nak tunggu jadi bara.
Subscribe to:
Posts (Atom)

