Monday, February 15, 2010

Mesyuarat AJK PIBP PAPN Bagan Pinang Kali Ke-3

Pada 5hb Feb 2010, telah berjalan mesyuarat AJK PIBP untuk membincangkan agenda semasa dan progres program bulanan yang akan diadakan pada penghujung Febuari ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah :-

1) Lawatan ke Muzium Tentera (berkaitan - masa, tarikh, pengangkutan dan makanan)
2) Program Makan Malam Permata Bagan Pinang
3) Program akan datang (Mac) - Hari Keluarga bersama pengarah projek (T.Mala)

Hasil perbincangan :-

1) Lawatan ke Muzium Tentera
  • Masa: Berkumpul di PAPN Bagan Pinang pada pukul 8.30 pagi. Bertolak pada pukul 9.00 pagi
  • Tarikh: 20 Feb 2010 (Sabtu)
  • Pengangkutan: Penggunaan trak tentera (akan diconfirmkan oleh Pn. Tuty)
  • Makanan: Roti dan air kotak untuk sarapan pagi (akan disediakan oleh Ibu Zarin
2) Program Makan Malam
  • Diusulkan dan dipersetujui untuk dibuat pada majlis konvokesyen anak - anak PERMATA iaitu pada hujung tahun sekitar bulan 12.
3) Program Hari Keluarga (Mac)
  • Pemberitahuan program akan datang bagi bulan mac adalah Hari Keluarga
  • Pengarah projek adalah Teacher Mala
  • Penyenaraian tugas
Mesyuarat berjalan sekitar 30-40 minit selepas waktu PAPN. AJK yang hadir adalah Ibu Iqbal/Arif Aiman, Ibu Wafiy/Zaim, Ibu Wani dan Ibu Zarin. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan kerjasama yang diberikan. Semoga penglibatan ajk dan ibu bapa PAPN Bagan Pinang akan terus aktif.





Aktiviti PERMATA Minggu 1 Febuari 2010

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hai..apa khabar semua? Semoga sihat, ceria dan diberkati Alah S.W.T kami doakan :). Baiklah, setelah sekian lama x berupdate (we apologiez) blog bersambung dengan aktiviti PERMATA yang berjalan sekitar minggu pertama bulan Feb iaitu sekitar 1-5hb yang lepas. Seperti yang dimaklum sebelum ini, tema bulan Feb bagi 2 minggu pertama adalah Keluarga Saya.Semoga pengisian ini mengubat rindu parents untuk melihat perkembangan, gelagat, keriuhan, ragam dan bermacam lagi keletah anak - anak di PAPN.

Untuk group T.Elly dan T.Oshin, aktiviti main peranan bertajuk keluargaku. Dalam aktiviti ini, anak - anak berlakon memegang watak ibu, ayah, datuk, nenek, abang, kakak, adik, baby, maid dan bermacam lagi. Oleh yang demikian, lihatlah kegirangan and look! how excited they were pretending on to be like us. :D

Waktu makan! Banyak betul mak masak ya.
Ayah yang tengah kerja. Ibu yang tengah sibuk masak. Tukang masak pun ada? Atuk tengah tolong apa tu? Semua sibuk melakonkan watak harian yang dilihat oleh mereka.


On the other part, anak - anak group T.Mala & T.Sha feeding time.

Minum susu ya anak - anak. Lepas circle time, semua kehausan.
Lepas minum, take a break, have many cooookies \:D/

Eh..eh, tiba tiba terselit gambar teachers. 6 tenaga yang menggerakkan PAPN Bagan Pinang :)
Selepas morning circle, seronoknya main roller gym. Aidil Shah sampai nak tergolek senyum!
Semua nak duduk on roller ya anak - anak teacher ni.

Friday, February 5, 2010

Gotong Royong Mini PAPN 3/02/10

Aktiviti gotong royong mini telah berjalan pada 3 Feb 2010(Rabu) lepas bertujuan bagi membersih, mengemas, menyusun-atur semula barang - barang dan peralatan di bilik stor, ofis dan dapur PAPN. Selain itu, kawasan laman dan tetingkap turut dibersihkan. Hadir sama membantu teachers adalah Ibu Athirah, Ibu Aidil Shah dan Parent Akif. Terima kasih kami ucapkan pada parents yang sudi datang membantu dan meluangkan masa membersihkan kawasan PAPN. Your cooperation and generosity is kindly appreciated.

Teacher Ila yang sedang sibuk memunggah barang dapur
Teacher Mala pula sedang menyusun stok dalam storage ya!
Oh lihat, sungguh - sungguh teacher ni angkat barang semua. :))
Teacher Sha yang sedang mengelap tingkap.
Susun - susun lagi ya teacher :D
On the other hand, Teacher Ely tengah menyapu ofis
Ibu Athirah yang sedang mengelap cermin tingkap.
Ha!, Ibu Aidil Shah pun sama..sedang mengelap cermin tingkap.
Sesi transfer stok..
Barang - barang yang perlu disusun atur semula diletakkan ditengah hall dulu.
Dah malam pun tapi kerja harus disiapkan. Gambatte teachers!!