Sunday, June 30, 2013

~ Program PIBP Bulan Mei ~ Family Day PAPN Bagan Pinang 2013 ~

Pada 18 Mei 2013, Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik telah menganjurkan Family Day, Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru di Pantai Saujana, Port Dickson. Sebanyak 21 buah keluarga telah menyertai program ini. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Fadzli dan dipengerusikan oleh Encik Afendi. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan untuk memeriahkan majlis tersebut. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan silaturahim antara anak-anak, ibu bapa dan pendidik.

Penyelaras program ini adalah Teacher Nadiah dan diketuai oleh Encik Mohd Hafez.

Cerianya Ummi, Imani dan Teacher Eja :)

Mereka baru sampai....

Apalah yang digelakkan oleh ibu Syasya ye? hehe

Aqil dan ibu baru sampai...

Qaseh Nurain

Para bapa set up tempat... Good Job!!



Muhammad Aqil

Kata-kata aluan daripada Pengerusi PIBP

Ketua Pendidik- Teacher Eja

Pengerusi Majlis - En Afendi

Kita makan dulu!!! hehehe

Acara anak 2 tahun







Acara anak 3 tahun





Acara anak 4 tahun





Acara untuk para bapa






Keluarga Imani





Sambutan Hari Ibu

Sambutan Hari Guru


Juri Jemputan




Hadiah untuk Ummi daripada Imani




Wah!!! Aqil pun dapat hadiah... :)

Amboi... dah siapkan beg plastik untuk isi hadiah... hehehe




Alamak... panas sangat ke Farish sampai buka baju.. hehe




Yeay!!! Kak Aina pun dapat hadiah...


Eh... dia lagi? hehehe




dapat nombor berapa Teacher Nadiah?? hehe

Muka bahagia dapat hadiah... hehe

Wednesday, June 5, 2013

~ Parent Meet Teacher (PMT) ~

Perjumpaan di antara ibu bapa dan pendidik telah diadakan pada 21dan 23 Mei 2013 iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Ia adalah bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan anak-anak selama separuh penggal mereka belajar di PAPN. Untuk anak-anak 3 tahun, perbincangan diadakan pada hari Selasa dan pada hari Khamis untuk anak 2 dan 4 tahun. Perkembangan anak-anak dilihat dari pelbagai aspek iaitu:

a) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan kerohanian
b) Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
c) Perkembangan Fizikal
d) Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
e) Perkembangan Kreativiti dan Estetika
f) Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Mama dan papa Hafiya bersama Teacher Nadiah

Papa dan mummy Marsha

Ayah dan ibu Aisyah

Mama Mia dan mama Aliff
Mama Aliff sedang berbincang dengan Teacher Fizah
Mama Qaliesha sedang melihat hasil kerja anaknya

Papa Alia bertanya kepada Alia tentang hasil aktivitinya

Papa Damia datang seorang je

Ibu Syasya bertanya kepada Syasya apa ye agaknya?

Ibu yang sentiasa tersenyum

Mama dan ayah Qaseh

Mama Haziq
Mama Ridhwan
Secara keseluruhannya, perjumpaan di antara ibu bapa dengan pendidik ini telah mencapai objektifnya iaitu perkongsian tentang perkembangan anak-anak PERMATA. Secara tidak langsung, pendidik dapat mengetahui tentang tingkahlaku anak di rumah dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan pencapaian anak mereka setelah dihantar ke Permata Negara. Pencapaian yang dimaksudkan bukanlah berbentuk pencapaian tertentu sahaja tetapi meliputi setiap aspek yang sepatutnya ditekankan kepada setiap anak PERMATA. 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan ini.

Friday, May 10, 2013

Aktiviti PIBP April 2013 ~ Kid's Food Presentation

Pada 19 April 2013, telah diadakan pertandingan menghias hidangan untuk kanak-kanak. Pertandingan secara berkumpulan ini disertai oleh seramai 20 orang ibu bapa kepada anak-anak PERMATA. Terdapat 5 buah kumpulan yang bertanding dan mereka dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan iaitu hidangan utama dan pencuci mulut. Kriteria yang ditetapkan oleh para juri adalah, makanan yang dihidangkan hendaklah berkhasiat dan sesuai dengan keperluan diet harian kanak-kanak yang seimbang.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para ibu bapa dari segi kemahiran penyediaan makanan selain daripada mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ibu bapa. 

Hasil daripada aktiviti ini, ibu bapa lebih memahami tentang keperluan diet anak yang seimbang dan sesuai dengan kemahuan anak-anak. Hidangan untuk kanak-kanak adalah suatu perkara yang perlu diambil serius kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak mahu makan. Oleh itu, para ibu bapa perlu menyediakan dan menghidangkan makanan dengan cara yang lebih kreatif dan menarik di samping memberikan nutrien yang lengkap untuk kanak-kanak.  

Pembahagian kumpulan adalah seperti berikut:
Kumpulan 1 = Marsha, Aqil, Ridhwan dan Qaseh
Kumpulan 2 = Shamshafiyya, Amirah, Qaliesha, Afiq dan Haziq
Kumpulan 3 = Farish, Mia Zaara dan Qausar
Kumpulan 4 = Amzar, Saffiyya, Iffah
Kumpulan 5 = Alia, Aliff, Aisyah dan Hafiya

Para juri yang terdiri daripada Alumni PIBP PAPN Bagan Pinang, yang juga merupakan penerima Anugerah Ibu Bapa Cemerlang

Masing-masing menyiapkan tugas

Bubur lambuk dan buah-buahan aneka rasa
Kumpulan 4
Masa hampir tamat

Hidangan pertama kumpulan 1
Mama Farish, mama Mia dan ibu Qausar
Bubur lambuk yang sedap dan buah-buahan yang pelbagai rasa
Hidangan kedua kumpulan 1






Ada kek dan nasi goreng cina


Hidangan kumpulan 2

Hidangan kumpulan 2

Kumpulan 2 sedang menghias hidangan mereka

Setelah setengah jam berlalu, para peserta dikehendaki berhenti menghias dan para juri melawat ke setiap meja kumpulan-kumpulan yang bertanding. Selepas tamat sesi merasa kesemua hidangan, para ibu bapa serta anak-anak dijemput untuk menjamu selera sementara menunggu keputusan daripada para juri. Sambil menjamu selera, para juri yang terdiri daripada Encik Jalaluddin (ketua juri), Puan Nurul dan Puan Norma berbincang untuk memilih pemenang.








Tempat kedua

Tempat kedua

Tempat kedua

Johan

Johan
Tempat ketiga

Sebelum acara penyampaian hadiah, En Jalaluddin telah memberikan sedikit komen bagi keseluruhan program.Selepas itu, pengacara majlis iaitu Teacher Eja mengumumkan pemenang untuk tempat ketiga.kedua dan pertama.

Tempat Pertama : Kumpulan 3 (Bubur Lambuk & Buah-buahan)
Tempat Kedua : Kumpulan 2 (Nasi Goreng Cina & Kek Cawan Coklat)
Tempat Ketiga : Kumpulan 4 (Chicken Chop & Cocktail)

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Teacher Fizah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.


Jika ingin merujuk lebih lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, boleh rujuk link di bawah:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=228399