Friday, May 10, 2013

Aktiviti PIBP April 2013 ~ Kid's Food Presentation

Pada 19 April 2013, telah diadakan pertandingan menghias hidangan untuk kanak-kanak. Pertandingan secara berkumpulan ini disertai oleh seramai 20 orang ibu bapa kepada anak-anak PERMATA. Terdapat 5 buah kumpulan yang bertanding dan mereka dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan iaitu hidangan utama dan pencuci mulut. Kriteria yang ditetapkan oleh para juri adalah, makanan yang dihidangkan hendaklah berkhasiat dan sesuai dengan keperluan diet harian kanak-kanak yang seimbang.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para ibu bapa dari segi kemahiran penyediaan makanan selain daripada mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ibu bapa. 

Hasil daripada aktiviti ini, ibu bapa lebih memahami tentang keperluan diet anak yang seimbang dan sesuai dengan kemahuan anak-anak. Hidangan untuk kanak-kanak adalah suatu perkara yang perlu diambil serius kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak mahu makan. Oleh itu, para ibu bapa perlu menyediakan dan menghidangkan makanan dengan cara yang lebih kreatif dan menarik di samping memberikan nutrien yang lengkap untuk kanak-kanak.  

Pembahagian kumpulan adalah seperti berikut:
Kumpulan 1 = Marsha, Aqil, Ridhwan dan Qaseh
Kumpulan 2 = Shamshafiyya, Amirah, Qaliesha, Afiq dan Haziq
Kumpulan 3 = Farish, Mia Zaara dan Qausar
Kumpulan 4 = Amzar, Saffiyya, Iffah
Kumpulan 5 = Alia, Aliff, Aisyah dan Hafiya

Para juri yang terdiri daripada Alumni PIBP PAPN Bagan Pinang, yang juga merupakan penerima Anugerah Ibu Bapa Cemerlang

Masing-masing menyiapkan tugas

Bubur lambuk dan buah-buahan aneka rasa
Kumpulan 4
Masa hampir tamat

Hidangan pertama kumpulan 1
Mama Farish, mama Mia dan ibu Qausar
Bubur lambuk yang sedap dan buah-buahan yang pelbagai rasa
Hidangan kedua kumpulan 1






Ada kek dan nasi goreng cina


Hidangan kumpulan 2

Hidangan kumpulan 2

Kumpulan 2 sedang menghias hidangan mereka

Setelah setengah jam berlalu, para peserta dikehendaki berhenti menghias dan para juri melawat ke setiap meja kumpulan-kumpulan yang bertanding. Selepas tamat sesi merasa kesemua hidangan, para ibu bapa serta anak-anak dijemput untuk menjamu selera sementara menunggu keputusan daripada para juri. Sambil menjamu selera, para juri yang terdiri daripada Encik Jalaluddin (ketua juri), Puan Nurul dan Puan Norma berbincang untuk memilih pemenang.








Tempat kedua

Tempat kedua

Tempat kedua

Johan

Johan
Tempat ketiga

Sebelum acara penyampaian hadiah, En Jalaluddin telah memberikan sedikit komen bagi keseluruhan program.Selepas itu, pengacara majlis iaitu Teacher Eja mengumumkan pemenang untuk tempat ketiga.kedua dan pertama.

Tempat Pertama : Kumpulan 3 (Bubur Lambuk & Buah-buahan)
Tempat Kedua : Kumpulan 2 (Nasi Goreng Cina & Kek Cawan Coklat)
Tempat Ketiga : Kumpulan 4 (Chicken Chop & Cocktail)

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Teacher Fizah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.


Jika ingin merujuk lebih lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, boleh rujuk link di bawah:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=228399



No comments:

Post a Comment