Tuesday, April 16, 2013

Aktiviti Bulan Mac : Bacaan Yaasin dan Gotong Royong

Tarikh : 16 Mac 2013

Hari : Sabtu 

Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Terima kasih Kurnia Cerana :)
Majlis bacaan yaasin dan gotong-royong di PAPN Bagan Pinang telah diadakan dengan jayanya pada 16 Mac 2013. Seramai 25 orang ibu bapa hadir untuk majlis ini. Pada jam 9.00 pagi majlis bacaan yaasin dimulakan dan diketuai oleh En Fadzli bin Harun iaitu bapa kepada Muhammad Afiq Iman. Sejurus selepas tamat bacaan yaasin, sesi gotong-royong bermula. Setiap ruang di dalam PAPN telah dibahagi-bahagikan mengikut kelas.

Para ibu bapa bertungkus-lumus membersihkan setiap ruang di perpustakaan, kumpulan ibubapa yang dipertanggungjawabkan telah membuat ubahsuai susunan perabot di dalamnya. Masing-masing melakukan tugas membersih dan menyusun dengan baik termasuklah mencuci alat mainan, katil kanak-kanak dan lain-lain.

Setelah selesai berhempas pulas, kesemua yang hadir dijamu dengan bihun sup dan kuih muih yang menyelerakan. Akhirnya, pada jam 1.00 petang semua kerja telah berjaya disiapkan dan kesemua ibu bapa beransur pulang.



Teacher Fizah termenung ke apa?

Sebelum bacaan yaasin dimulakan




Jemput makan

Lapar benar!haha

Sempat lagi posing
Tekun mengemas

Nyum nyum! Sedapnya

Mana nak letak ni?

Aqil tolong mama dan papa kemas ruang menonton

Ibu Ridhwan sedang kemas pejabat
Alia yang sangat rajin

Ibu Hafiya

Ibu Qaliesha dan ibu Iffah sedang mencuci katil


Mama Haziq
Ibu Aisyah Safira

Ayah Iffah



Afiq pun nak sumbang tenaga
Ridhwan sedang mencuci meja

Dapur penuh dengan barang-barang stor

Aqil pun nak sapu lah teacher

Mama Aliff Hanan

Cuci tandas kanak-kanak
Ibu Qaliesha dan mama Damia

Katil kami dah bersih

Sesi mengeringkan alat permainan


Perpustakaan dan sudut persiapan bahan mengajar
Ibu Mia Zaara mencuci selipar kanka-kanak

Damia menolong ibunya menyusun berus gigi

Thursday, April 11, 2013

Majlis Perpisahan Teacher Balqish

Pada 28 Februari 2013, Teacher  Balqish telah mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak, ibu bapa serta pendidik di PAPN Bagan Pinang. Ini adalah kerana permohonan beliau untuk bertukar ke PAPN Subang Jaya telah diterima dan pada 1 Mac beliau dikehendaki melapor diri di sana.

Majlis perpisahan yang telah diadakan oleh ibu bapa dibuat secara mengejut. Pelbagai juadah telah disumbangkan oleh para ibu bapa. Walaubagaimanapun, pada tarikh tersebut Ketua Pendidik tidak dapat bersama-sama dengan semua kerana mengikuti Lawatan Kerja ke Singapura.

Semoga Teacher Balqish kekal sukses di PAPN Subang Jaya. Kami di PAPN Bagan Pinang pasti merindui Teacher Balqish. InsyaAllah, ada masa kita berjumpa lagi.

Teacher Balqish memberi sepatah dua kata




Hafiya Danisya bagi hadiah Teacher Balqish

Hadiah daripada ibu bapa PAPN Bagan Pinang




Haziq  pun nak bagi hadiah!
Lepas selepas makan, gotong-royong mengemas  pula