Friday, November 23, 2012

Anak-Anak PERMATA yang rajin

Pada bulan Oktober yang lalu, anak-anak PERMATA bersama Teacher Eja, Teacher Fizah dan Teacher Ira cuci katil bersama-sama. Aktiviti ini diadakan pada waktu Aktiviti Luar (Outdoor) selama dua hari berturut-turut. Anak-anak semua sangat seronok bila dapat cuci katil sendiri beramai-ramai. Suasana ketika itu seperti berada di taman tema!!! hehehehe

Teacher!!!! Nak sabunnnnn

Gosok jangan tak gosok

Qaliesha

Saffiyya pun tidak ketinggalan

Semua seronok bila kena pancutan air oleh Teacher Eja

Rajinnya semua

Ini adalah di antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak PERMATA. Daripada pengalaman, mereka akan dapat merasa kepuasan. Fokus kami para pendidik adalah keseronokan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak seronok, perkembangan mereka juga akan berlaku dengan lancar. Kami mengharapkan anak-anak ini menjadi anak yang berdikari dan rajin. InsyaAllah.

Birthday Bash ~ September & October Babies & Teacher Nana's Farewell Party

September Babies

Seramai dua orang kanak-kanak PERMATA yang menyambut hari lahir pada bulan September iaitu Dwi Dania Danisha dan Muhammad Ammar Auf. Mereka sudah 4 tahun. Semoga mereka panjang umur dan dilindungi oleh Allah S.W.T sentiasa.


           Meriahnya kek Dwi Dania
Ammar dan Umi


October Babies Birthday & Teacher Nana's Farewell Party

Pada bulan Oktober pula, Zikry, Aqish dan Teacher Nana celebrate birthday bersama. Hari lahir Teacher Balqish juga jatuh pada tarikh yang sama dengan Teacher Nana. Akan tetapi beliau tidak dapat hadir ketika majlis ini berlangsung. Pada masa yang sama, Majlis Perpisahan Teacher Nana juga diadakan serentak secara mengejut. Perancangan untuk membuat kejutan oleh ibubapa berjalan dengan lancar. Teacher Nana terkejut apabila melihat ramai ibubapa yang hadir pada petang itu. Yang paling best Teacher Nana dapat hadiah jam tangan yang cantik daripada para ibubapa.

Teacher Nana diarahkan untuk berpindah dan bertugas di Pusat Anak PERMATA Negara Raja Alias, Serting Negeri Sembilan pada 1 November 2012. Kami semua merasa sedih di atas kepergiannya ke tempat baharu. Semoga Teacher Nana sukses di sana. We love you :)

Kek Secret Recipe yang sedapppppp
Teacher Nana bersama Aqish dan Zikry

Teacher Ira dan Teacher Fizah


Pasca Raya - Open House 

Teacher Balqish~Teacher Fizah~Teacher Eja~Teacher Nana~Teacher Ila~Teacher Ira

Assalamualaikum. Walaupun Hari Raya dah lama berlalu, gambar Open House Pasca Raya Teacher untuk Keluarga PERMATA Baru sahaja nak diupload. Sorry ye sebab lewat. Gambar baru dijumpai. Hehe... Actually majlis ini diadakan sehari selepas tamat bulan Syawal. Juadah disediakan oleh teacher dan dibantu oleh teacher yang sudah berpindah dari PAPN Bagan Pinang iaitu Teacher Mala. Walaupun majlis ini tidak besar, tapi kami terharu dengan kehadiran keluarga PERMATA dan tetamu yang lain. 

Majlis bermula seawal jam 3.00 petang sehingga 10.00 malam

Ammar dan Umi antara yang terawal tiba :)

Sebelah petang

Tuan Rumah bersama Penganjur Bersama

Encik Mizam dan keluarga, gardener merangkap guard sekolah yang baik hati

Family Damia sedang memilih juadah

Macam-macam ada.....

Sebelah malam lagi meriah!




TQ semua kerana sudi hadir



Terima kasih kepada semua tetamu. InsyaAllah ada rezeki lagi kami buat tahun pada tahun hadapan. :)