Tuesday, September 11, 2012

Aktiviti Bulan April

5 April : Roti Pizza Saya (Anak 3 tahun)

Anak Teacher Eja dan Teacher Fizah dah pandai buat roti pizza tau! tak percaya? lets check it out :)

Tekun semuanya :)
 Oh! Lupa nak beritahu.. bahan-bahannya adalah roti, marjerin, sosej, sayur campur, cheese, sos tomato  dan  cendawan butang. Sebelum bahan-bahan ni dipotong, kenalah cuci dulu. Lepas cuci dan potong, barulah boleh sapu marjerin pada roti dan letakkan bahan-bahannya di atas roti.
Mula-mula sapu marjerin

Lepas tu, letakkan sosej yang telah dipotong kecil

Ni lah hasilnya
Lepas dah siap tu, baru lah bakar sekejap.

Kalau semua nak tau, bahan-bahan ni semua anak-anak potong sendiri dengan menggunakan pisau plastik.
Kepada sesiapa yang nak rasa roti pizza ni, boleh lah datang sekolah bawa bahan-bahan. Nanti anak-anak boleh tolong buatkan...Hehehe


13 April : Aktiviti buat jeli

Seminggu lepas buat roti pizza, anak-anak buat jeli pula. Sambil anak-anak membuat jeli, boleh lah dia belajar tentang tekstur jeli yang lembik. Yang paling best bila dapat makan jeli buatan sendiri..Hehehe..

Teacher Fizah tolong kacaukan

Sebelum masukkan jeli, kita letakkan sedikit nata de coco

PEACE!!!
Pada waktu petang pula, kami buat sambutan hari lahir Soraya Khadijah yang keempat.
Ibu, ayah dan kakak Soraya pun ada bersama-sama anak Permata.

Soraya ajak Dwi, Zakiah dan Durrah untuk potong kek sama-sama

Kek Angry Bird menjadi pilihan Soraya

Tuesday, August 28, 2012

Jom Cek Gigi

Pada 13 Mac 2012, jururawat daripada Klinik Pergigian Port Dickson telah datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan gigi anak-anak Permata. Selain melakukan pemeriksaan, mereka juga memberikan penerangan ringkas tentang cara penjagaan gigi yang betul. Kanak-kanak merasa seronok dengan kedatangan mereka yang peramah.

Nurse sedang beri penerangan

Soraya volunteer ke hadapan

Zakiah menjawab soalan yang diajukan oleh nurse

Qaseh ambil berus gigi percuma

Anak-anak belajar cara berus gigi dengan betul sambil dibantu oleh Teacher Ila




Nurse sedang tekun cek gigi anak-anak

Wednesday, August 15, 2012

Happy Birthday February Babies

Yummy!! Cheeze Choc by Secret Recipe <3 br="br">
Sambutan hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan Februari telah diadakan pada 28 Februari 2012 di PAPN Bagan Pinang. Seramai 5 orang yang menyambut hari lahir mereka iaitu Damia Humaira, Muhammad Sallehan, Nur Alia Maisara, Muhammad Ridhwan dan Teacher Ila. Semua kanak-kanak seronok dapat makan kek yang sedap ni..hehe...

Yeahhhhh!!! Kek da dipotong :)

Alia dah 3 tahun
Sallehan dah 4 tahun
Ridhwan dah 3 tahun
Damia dah 3 tahun
Seronoknya dapat celebrate birthday dengan kawan-kawan di sekolah. TQ kepada semua yang terlibat dan sponsor kek :)