Tuesday, November 2, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Pada 29/9/2010, PAPN Bagan Pinang amat-amat bertuah kerana berpeluang mengikuti latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini telah dijalankan oleh Uncle-uncle Bomba & Aunty-aunty Bomba daripada Balai Bomba Port Dickson.

Anak-anak sedang tekun mendengar penjelasan daripada uncle bomba bagaiman cara untuk menyelamatkan diri dan laluan yang perlu digunakan sewaktu berlakunya kebakaran

Lihatlah begitu bersungguh-sungguh anak-anak berlatih untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran, mereka diterapkan dengan tiga langkah untuk menyelamatkan diri iaitu 1.rebah 2.golek 3.merangakak ke pintu kecemasan

Seronok & teruja jelas kelihatan di setiap wajah anak-anak apabila mereka berpeluang menaiki jentera bomba,wah..tersenyum Iqbaal ye dapat naik dulu.

Tolong-tolong api..... "Beginilah adik-adik cara nak padam api," kata salah seorang Uncle Bomba

Anak-anak diberi peluang untuk mencuba mamadamkan api. Aisyah begitu teruja bila dapat padamkan api.

Masa untuk balik..., semua ahli bomba bersiap-siap kemaskan semua peralatan

Bergambar kenangan bersama-sama ahli bomba....terima kasih
uncle dan aunty bomba kerana bersabar mengajar kami sewaktu latihan kebakaran dijalankan, best sangat..... Terima kasih daun keladi ,kalau boleh datangla lagi.

Posted by Picasa

ADA TURNS 4!!!

Pada 27/9 yang lalu, Adawiyyah telah menyambut hari lahirnya yang ke 4 bersama-sama rakan & Teachers PERMATA di PAPN Bagan Pinang. Ada sungguh seronok dapat makan kek hari jadinya bersama kawan-kawan. Yang paling best, apabila Ada dapat surprise hadiah daripada All Teachers yang tak penat-penat jaga Ada. Ada juga berikan setiap satu Teacher sebotol cologne menandakan kasih Ada yang sentiasa mewangi.

Tak lupa juga, goodies bag & badge yang tertulis 'Happy 4th Birthday to Ada' kepada semua kawan-kwannya. Semoga Ada akan jadi anak yang membanggakan ayah, bonda, teachers, agamanya, bangsanya & negaranya suatu masa kelak.... InsyaALLAH
Posted by Picasa

Friday, October 29, 2010

SEPTEMBER THEME: TRANSPORTATION

Minggu ni, anak-anak diperkenalkan dengan kenderaan yang terdapat di dalam air. Hari ini mereka berpeluang membuat kapal layar mereka sendiri dengan menggunakan kertas, plastik, kayu lidi & gabus. Setelah berjaya menyiapkan kapal layar masing-masing... apa lagi.. jom ke kolam, kita layarkan kapal-kapal kita ni....




Keesokan harinya, anak-anak Teacher Elly akan melihat bot secara 'life' pulak setelah puas bermain kapal layar kertas mereka. Anak-anak Teacher Elly teruja sungguh bila diberitahu akan ke tepi pantai untuk melihat bot-bot nelayan. Dengan bantuan Puan Azah, ibu Wani, kami bertolak dengan menaiki dua buah kereta.


"Dayung sampan...dayung..dayung sampan... sampan ku dayang sampai ke negeri Cina."


"Apa yang penting...kerjasama..."

"Teacher ada ball..."
"No, it's not ball. It is a buoy. It makes the boat floating..my dear."


"And darling dear, this is net...the fishermen use the net for catching fish"

Anak-anak dapat melihat pelbagai jenis boat. Iqbal kata, "Teaacher, tengok bot ni ada penutup la..." Teacher jawab, "Yes, Iqbal. It helps to give shade to fishermen. So they won't get so hot or wet during rainy days."

Bila Teacher Elly beritahu ini adalah enjin motorbot, Iqbal dengan selamba menjawab, "Enjin dekat kereta je lah teacher....." Teacher hanya menyengihkan dirinya sambil berkata, "Iqbal...Iqbal...."

"Anak-Anak PERMATA negara"