Wednesday, April 21, 2010

Happy Birthday Atirah!!


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you

Happy Birthday to Atirah

Happpyy Birthdaayyy to youuu my sweet girl :)

*clap-clap*

Sambutan Hari Lahir yang telah diadakan oleh ibu Atirah iaitu Pn.Normilah. Terima kasih atas makanan dan sumbangan yang disediakan untuk anak - anak PERMATA. :)





Mesyuarat PIBP PAPN Bagan Pinang kali ke-4



Pada 6 April 2010 lepas, telah berlangsung Mesyuarat PIBP PAPN Bagan Pinang bagi membincangkan beberapa perkara. Antaranya adalah:-
  1. Program bulan April iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria atau Pusat Sains atau Planetarium Negara.
  2. Mom's Workshop
  3. Laporan Penglibatan Ibubapa bagi bulan Mac
  4. Laporan Kewangan bulan Mac
  5. Laporan Maklumbalas Program Hari Keluarga.
  6. Isu - isu berbangkit.
Setelah bermesyuarat, hasilnya:-
  1. Program bulan April Lawatan Sambil Belajar :-
  • Memilih dan membentuk ahli jawatankuasa (En. Syukur Effendy selaku Ketua Projek)
  • Memilih tarikh dan tempat
2. Mom's Workshop
  • Bengkel ini diadakan bertujuan mempelajari dan memahami perihal anak - anak dalam tingkahlaku dan emosi.
  • Tempat : Dewan MPPD
  • Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
  • Masa : 9 - 12.30 tgh
  • Bayaran: RM 5
________________________________________________________________________________

Perhatian
Bagi Program Lawatan Sambil Belajar, pihak AJK telah sebulat suara memilih dan memutuskan:

Tempat: Aquaria KLCC
Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi (berkumpul di PAPN) - 3.00 petang (bertolak pulang ke PAPN)
Bayaran :
  • RM 50; anak PERMATA + 1 pengiring
  • RM 30; anak PERMATA sahaja
Tambahan
  • RM 30; 1 anak selain anak PERMATA
  • RM 50; 2 anak selain anak PERMATA
  • RM 40; extra pengiring
Sila bawa:
  • Sebotol air mineral
  • 2 pasang baju persalinan
Nota:
  • Pihak PAPN akan menyediakan keperluan makanan & minuman sepanjang lawatan
  • Sebarang sumbangan makanan/minuman dialu-alukan.

Terima kasih

Aktiviti PERMATA sekitar bulan Mac

Assalamualaikum and Good Morning,

Hello readers. How are you? We hope everyone is happy and pink of health. It has been a while since the blog is not updated. We apologize. :) Therefore, we have lots and lots of update for our lovely readers. Stay tune! :D

Okay, kita mulakan dengan aktiviti yang telah berjalan di PAPN sepanjang MAC. Semoga terhibur dengan gambar - gambar yang teacher snap.

Nauroh muka macam sedih je. Kenapa tu?
Ok adik - adik, uli tepung tu. Uli yaah!
Eh, penuh jari teacher dengan pewarna ya.
Anak - anak teacher ada bakat jadi Baker ni.
Dani buat apa tu? Nak buat roti canai ker?
Okay, yang ni pula main playdough. Nak terap buat kuih raya ye Aisyah?
Kusyuknya Wani buat terapan tu.
Mula - mula kita buat kuih, lepas itu binatang, lepas tu?
Aidil Syah pun sama kusyuk main doh ya.
Ammar pun semangat main doh buat kuih ya.
Nampaknya anak - anak semua suka main doh ya. Uli - uli tepung, buat bentuk.
Haziq dan Hazim sedang sibuk menguli tepung.

Masuk PERMATA dapat pengalaman yang best - best. Macam main tepung ni.

Yang ni pula, match kan warna binatang pada kertas polisterine itu. Pandai anak - anak teacher matchkan.