Tuesday, November 19, 2013

Aktiviti bulan September 2013 ~ Pertandingan Reka Cipta Kenderaan

Sempena dengan tema bulanan iaitu kenderaan, PIBP bercadang untuk membuat pertandingan mereka cipta kenderaan menggunakan bahan terbuang seperti kotak, plastik dan sebagainya. Pada 29 September 2013, bertempat di PAPN Bagan Pinang telah berlangsung pertandingan tersebut bermula jam 9 pagi. Seramai 34 orang ibu bapa telah meneyrtai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Ketua program untuk bulan ini adalah Encik Kilau bin Wen dan penasihat program adalah Teacher Fizah. Para ibu bapa telah dibahagikan kepada 6 kumpulan seperti berikut:

Kumpulan 1 (kereta) :
  • Qaliesha
  • Iffah
  • Aisyah
  • Alia
Kumpulan 2 (keretapi) :
  • Arissa
  • Marsha
  • Fakrullah
  • Damia
Kumpulan 3 (kereta) :
  • Aqil
  • Amirah
  • 'Aisy
Kumpulan 4 (bas) :
  • Fiyya
  • Mia Zaara
  • Haiqal
  • Zulkhayri
Kumpulan 5 (kapal terbang) :
  • Aliff
  • Ridhwan
  • Afiq
  • Farish
Kumpulan 6 (bot) :
  • Amzar
  • Hafiya
  • Syahirah
 Setiap kumpulan diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan kenderaan masing-masing dan para pendidik telah diberi kepercayaan untuk mengadili pertandingan tersebut.



Encik Fadzli selaku pengerusi majlis



Bacaan doa oleh Encik Mohd Afendi

AJK teknikal iaitu Encik Zainuddin dan Encik Abdullah


Teacher Fizah sedang memberikan taklimat ringkas sebelum acara bermula














































Kapal terbang kumpulan 5 beserta modelnya




Melawat ke pameran kenderaan kumpulan 2


Kenderaan kumpulan 3 sedang diuji


Hasil reka cipta kumpulan 4 iaitu keretapi






Selepas sejam, acara menghias kenderaan tamat dan ibu bapa serta keluarga anak-anak PERMATA dijemput untuk menjamu selera. Sebelum acara penyampaian hadiah, ibu bapa dan pendidik diminta untuk bergotong-royong bersama untuk membersihkan dan mengemas kawasan sekolah.

Kesemua peserta berdebar-debar menantikan keputusan rasmi


Anugerah Kerjasama Terbaik -Kumpulan 2

Tempat Pertama - Kereta

Tempat Kedua - Kapal Terbang
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Teacher Eja. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 3 manakala kumpulan 5 berjaya merangkul tempat kedua. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan 4 iaitu keluarga Fiyya, Mia Zaara, Haiqal dan Khayri. Selepas acara penyampaian hadiah tamat, majlis bersurai.

Diharapkan agar semua telah mendapat manfaat daripada aktiviti ini. Selain daripada anak-anak dapat berseronok, para ibu bapa mendapat pengalaman yang menarik iaitu mereka cipta sendiri permainan untuk anak mereka. Paling menarik adalah permainan-permainan ini dicipta daripada bahan terbuang.

No comments:

Post a Comment