Tuesday, October 1, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya PAPN Bagan Pinang 2013

Bertempat di PAPN Bagan Pinang, sambutan hari raya bersama anak-anak PERMATA beserta ahli keluarga telah disambut secara sederhana. Tetamu undangan yang hadir pada malam tersebut adalah Tuan Haji Hasan bin Masuadi (Ketua Kampung Bagan Pinang) dan isteri serta Puan Hajah Zaimah binti Zakaria (Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang).


Majlis yang diadakan pada hari Jumaat iaitu pada 16 Ogos 2013 itu berlangsung adalah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Bagan Pinang. Majis yang dipengerusikan oleh Puan Mazlin itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Hafez iaitu Pengerusi PIBP PAPN Bagan Pinang bagi memberkati majlis pada malam itu.
Tetamu jemputan Puan Hjh Zaimah Zakaria

Keluarga Damia Humaira

Hjh Zaimah bertanyakan tentang perkembangan PAPN sekarang

Pasangan romantik Puan Kamariah dan suami

Puan Mazlin selaku pengerusi majlis

Banner yang disumbangkan oleh ibu Aliff dan ibu Mia Zaara

Hidangan untuk tetamu jemputan sudah tersedia

AJK dari kumpulan B sedang menyusun juadah

Siapakah yang bertuah yang akan dapat hadiah ni ye?

Teacher Afi bersama kakak Syahirah

Pendidik bersama ibu Syahirah dan ibu Haziq

Semua sedang menunggu waktu bermulanya majlis

Tersenyum lebar ayah Qaliesha

Ibu bapa yang banyak membantu dalam melancarkan setiap program bulanan PAPN
Aisy minum apa tu?

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pendidik, iaitu Cik Noor Faezah Hamidon atau lebih mesra dikenali sebagai Teacher Eja dan ucapan daripada tetamu kehormat iaitu Tuan Haji Hassan bin Masuadi, Ketua Kampung Bagan Pinang.


Ketua Kampung Bagan Pinang sedang berucap

Selepas itu, para tetamu dijemput untuk menjamu selera juadah yang ada. Pada tahun ini, juadah masih lagi disediakan oleh para ibu bapa mengikut jadual yang ditetapkan bersama. Memang sedap semuanya kerana pelbagai jenis masakan yang boleh dinikmati memandangkan para ibu bapa datang dari pelbagai negeri.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu Hari Raya oleh anak-anak PERMATA. Pertandingan untuk anak-anak diadakan bagi menceriakan suasana di mana anak-anak 2 tahun dikehendaki mencari ketupat di dalam kolam manakala anak-anak 3 dan 4 tahun bertanding mencari pelita.
Juadah terhidang sedia untuk dijamu. Jemput makan

Anak-anak sudah bersedia untuk membuat persembahan

Arissa menyanyikan lagu raya

Ridhwan pun tak mahu ketinggalan untuk menyanyikan lagu raya
Ibu Marsha dan ibu Syahirah sedang melayan tetamu jemputan
Semua tetamu fokus melihat persembahan anak-anak PERMATA
Selamat menjamu selera

Pertandingan mencari ketupat di antara anak-anak 2 tahun
Selepas acara untuk anak-anak sahaja adalah acara keluarga iaitu pertandingan memakaikan sampin dan pertandingan memakaikan tudung.



Senyum abang Darry iaitu abang kepada Syahirah

Mama dan ayah Amirah

Puan Ayu dan suami

Mama dan ayah Iwan
Mama dan ayah Qaseh

Darry yang sporting

Cat walk

Seronok semuanya
Acara memakaikan tudung oleh kaum bapa
Ayah Aqil memakaikan tudung pada Durrah
Farisha tak selesa yer

Tapi bila ada kamera dia terus senyap. Hehe

Comelnya Qaseh
Arissa bersama ayahnya

Cantik tak?
"Ustazah" Qaseh Nurain

Farisha yang comel
Selepas setiap acara, kesemua pemenang mendapat hadiah masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.
ACARA ANAK 2 TAHUN

Qausar berjaya dapat nombor 1

Aqil dapat nombor 2

Fiyya dapat nombor 3
Aliff dapat nombor 4


ACARA ANAK 3 DAN 4 TAHUN
Ridhwan pula dapat tempat pertama bagi kategori 3 dan 4 tahun

Syahirah berjaya merangkul tempat kedua

Tempat ketiga dimenangi oleh Farish

Amirah pula mendapat tempat keempat

Arissa berjaya mendapat tempat kelima     

ACARA MEMAKAI SAMPIN UNTUK KATEGORI KELUARGA



Darry diangkat sebagai juara


Encik Nordian dan isteri mendapat tempat kedua

Encik Kilau dan isteri berjaya mendapat tempat ketiga

ACARA MEMAKAI TUDUNG UNTUK KATEGORI KELUARGA

Durrah dan Encik Azizan berjaya menjadi juara


Arissa dan ayah mendapat tempat kedua


Farisha dan ayahnya berjaya mendapat tempat ketiga



Selepas acara penyampaian hadiah, sesi bergambar bersama tetamu dan anak-anak pula.

Pendidik bergambar bersama tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Masuadi (Ketua Kampung Bagan Pinang) serta isteri dan Puan Hajah Zaimah Zakaria (Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang)
Keluarga PAPN Bagan Pinang bersama tetamu jemputan

Marsha bersama ibu dan ayahnya

Teacher Afi dan kakak Syahirah

Teacher Afi dan Teacher Nadiah
Teacher Fizah dan Teacher Nadiah
Keluarga Haziq
Teacher Afi bersama anak-anak
Pendidik PERMATA Negara Bagan Pinang
Muka seronok semuanya
Teacher Afi, Teacher Eja, Teacher Fizah dan Teacher Nadiah




Rajinnya

Teacher Eja bersama anak-anak 4 tahun




Ayah Ridhwan sedang mengemas semula peralatan selepas majlis


Pada jam 10.30 malam, berakhirlah majlis sambutan hari raya di PAPN Bagan Pinang. Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan. Antaranya adalah Puan Mimi dan Puan Rina (banner) dan Kompeni Angkut KPD Kem Si Rusa (khemah). Sesungguhnya sumbangan kalian amat dihargai.

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi meraikan hari raya bersama-sama dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan keluarga PAPN Bagan Pinang.







No comments:

Post a Comment