Wednesday, August 21, 2013

Pra Hari Raya dan Sesi Membuat Almond Cookies

Pada 5 Ogos 2013, anak-anak datang ke sekolah dengan berbaju raya sempena hari raya yang akan disambut beberapa hari selepas itu. Antara aktiviti pada hari tersebut adalah aktiviti menari dan menyanyikan lagu raya bersama-sama. Selain itu, anak-anak dididik cara bermaaf-maafan sesama rakan. Tidak lupa juga sesi bergambar mengikut kelas. Kesemuanya pandai bergaya dan melakukan aksi yang ceria.


Iffah ~ Qaseh ~ Qaliesha ~ Damia ~ Syahirah ~ Haziq

Bergambar bersama Teacher Eja

Bersalam-salaman

Anak-anak 4 tahun yang hadir
Anak-anak 2 tahun bersama Teacher Fizah
Semuanya comel-comel

Sayang Teacher Fizah

Gadis-gadis 3 tahun

Anak 3 tahun bersama Teacher Nadiah

Smile


Semua pandai pose ye!
Ha.... Lepas sesi bergambar dan belajar tentang kebiasaan di hari raya, anak-anak belajar buat kuih raya pula. Kalau sebelum ini, anak-anak dah belajar buat chocolate chip cookies & cornflakes bermadu, tahun ini anak-anak buat almond cookies pula. Hasilnya, jom kita lihat.

Anak-anak sedang mencetak biskut raya masing-masing

Sedang belajar cara-cara mencetak dengan Teacher Eja

Mama Haziq dan Ibu Syahirah pun ada  

No comments:

Post a Comment